Rabu, 2 September 2009
TRADISI YANG KIAN PUPUS
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Diam tak diam dah seminggu lebih kita berpuasa buat sekian kalinya untuk tahun ini. Moga-moga pada tahun ini Ramadhan ini jadi Ramadhan yang terbaik untuk kita berbanding tahun-tahun yang berlalu.
Dalam bulan puasa ini satu tradisi yg aku rasa kian pupus adalah kad raya ..Biasanya kalau dah seminggu puasa ni aku akan sibuk mengirimkan kad2 raya pada kenalan sahabat handai atau saudara yg jauh. Maklumlah kena awal sikit baru dapat balasan sebelum raya tiba.
masa sekolah rendah dulu paling suka bab kad raya. salah satu kelebihanya kita boleh simpan @ buat hiasan & boleh dijadikan kenangan. Malah ada pula persaingan lawan dengan abang @ kakak siapa dapat kad raya lagi banyak.
Dulu dulu kad raya comel2 dan macam2 saiz. Tapi satu plastik tu ada le 5 keping. Siap dengan ucapan raya yang panjang kat dalam, ada untuk cikgu, ada untuk sahabat, ada untuk kekanda, bonda dan lain2. Gambar dia pun cantik, tak de macam sekarang ni terlampau banyak gambar kartun. Gambar yang popular time tu bunga ros, masjid, ketupat dan kucing. So, tiap2 kali bila bagi kad raya kat orang, mesti ada tulis pantun : Pecah kaca pecah gelas, Dah baca harap balas. Pecah kaca pecah tong, Sudah baca, sila gantung. Zaman bebudak, biasalah, pantun 2 kerat tu memang hafal sampai sekarang. Memang terasa sgt suasana tu sama ada kita di kg @ di perantauan.
Orang yang paling famous posmen. Semua berebut bila dengar loceng posmen. Dapat satu kad raya, heboh macam dapat hadiah. Happy sesangat.
sekarang ni, kad raya makin kurang. Budaya ni sudah pupus sbb peredaran zaman & kemajuan teknologi.. Semua orang lagi senang hantar sms. Laju dan last minute pun boleh. Tak de lagi kes kad raya tiba lepas raya. Walaupun tujuannya sama tapi bagi aku dia punya feeling lain. sbb aku rasa orang yg hantar tu mmg benar2 ikhlas ingat kat kita sbb sanggup bersusah payah hantar kad. kalau sms ni mungkin sekadar nak menghabiskan kredit atau cukup kuota je..
last sekali aku hantar kad raya tahun lepas, dalam 40 keping aku hantar. cuma 2 atau 3 saja yg balas. yg lain semua main sms. so thn ni aku rasa aku kena sms jg!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
P'su,
BalasPadamOrang tak guna kad raya dah le ni. Bukan masalah tak nak hantar tapi masalah orang tak balas. Kalau sms, hantar je terus balas !!
yez sir.. orang x balas kita pun boring.. kalu balaspun sms pakai je.. x bebaloi rasanya.. ikhlas2 juga tapi sms banyak copy paste je!!
BalasPadamP'su,
BalasPadamSelamat bepuasa. Selamat Hari Raya.
Saya guna SMS. Dula memang kad raya.
Saya create sendiri SMS, tak guna copy $ paste.
Kita boleh buat sendiri.
Tapi lucunya, tahun lepas, sms bergambar yg saya buat sendiri tu, akhirnya ada orang kirim kat saya pulak. Mcm terima sms sendiri lah. copy, paste & kirim lah tu.
Salam.
BalasPadamKad raya memang banyak nostalgia...
namun teknologi yang lebih jimat masa dan tenaga...membuatkan amalan ini kian terpinggir...