Raya tahun ini agak berbeza dengan tahun2 sebelum ini. Cuma cabaran sebagai ibubapa makin bertambah lagi bila 3 orang anak makin membesar dan punyai karenah yang tersendiri. Tahun lepas anak2 pilih warna merah sebagai warna tema utk famili, tahun ni pula anak2 nak warna brown.
Anak2 buah pula semuanya sudah besar2 belaka dan ramai yg dah bekerja.. ibu bapa mereka agak lega sedikit sebab mendapat sumbangan dan bantuan dari anak2. persedian raya dapat dikongsi bersama ada yg beli lauk pauk, ada yang sediakan lemang, ada yg sponser satey, kek, kuih mueh, biskut dan sebagainya. Pendek kata makanan belambak lambak terhidang untuk tetamu datang. Alhamdulillah rezeki tuhan bagi.
Pagi raya pertama, seperti tahun2 sebelumnya kami akan beraya di belah keluarga saya di Kuala Krai. Kali ini di pagi raya, rumah riuh dengan telatah anak2 dan anak buah kami kerana mahu dipakaikan dengan pakaian baru. Mula dengan berebut untuk mandi pagi ..kecoh untuk sarapan dan berbagi bagi ahli nak naik kereta untuk ke masjid solat sunat Aidil Fitri.
Kami semua pergi solat raya di masjid Kuala Krai. Satu perkara yg x best.. di sebabkan dah lama x de kat kampong, masjid yg dulunya tempat kita kini terasa begitu asing kerana sepanjang pengamatan saya ramai yg tak di kenali di situ.. saya cuma sempat jumpa dua tiga orang saja yang di kenali yang lain macam orang luar saja tak kenal pun...
Selesai solat kami semua mengunjungi pusara ayahanda. Kemudian baru pulang kerumah untuk bermaaf maafan sesama ahli keluarga dan sesi bergambar serta melayani kunjungan tetamu, saudara mara dan sahabat handai. Menu di pagi raya ringkas saja beehon goreng, kue mueh, lemang dan nasi jer..
Raya ke 2 pagi2 lagi turun untuk beraya di rumah mertua di Tanah Merah. Takut jalan ’jam’ ..kemeriahannya hingga raya ke 4.. mengadakan hari keluarga di Tok Bali ..mengunjungi rumah sepupu di Machang dan di Bachok ..tak apalah, tak ada salahnya kita meraikan bulan Syawal ni dengan suasana seperti hari raya, saling kunjung mengunjung, ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan sesama kita. Kalau di bulan- bulan lain tu... bila kita berpelukan mintak maaf nampak lain macam pulak...nanti orang kata: "aik, buang tabiat ke dia ni... Begitulah al-kisahnnya cerita kami untuk dikongsikan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan