Ahad, 7 Mac 2010

FACEBOOK HARI INI



antara gambar kenangan semasa darjah 6 hampir 30 thn lalu


Kebelakangan ini kita sering mendengar tentang ‘social networking’ atau penggunaan facebook yg hampir semua orang menggunakannya, di mana2 sahaja.

Antara manfaat dari facebook yang paling terasa bagi kita adalah untuk menambah teman dan menyabung silatulrahim. Kita tidak hanya dapat berhubungan teman sekolah, kuliah maupun teman kerja, tetapi juga berhubungan dengan orang-orang di kota lain bahkan dari negara lain…. Sejak saya mula melibatkan diri dgn facebook, dlm masa beberapa hari saja saya telah dpat bertemu semula dgn ramai kawan2 lama yg sudah 10 tahun lebih tidak jumpa atau terputus hubungan. Walaupun secara maya tapi nostalgia2 lama dpt membaur semula kenangan bersama teman2 lama, seolah2 baru seperti semalam kita berpisah.

Dan hari ini ..sebelum sy menulis blog ini sebenarnya sy baru saja dpt berbual di telefon dgn seorang kawan lama yg begitu rapat, kawan sepejabat sewaktu bertugas di ASNB Kuala Lumpur dulu. Kami terpisah begitu lama. kalau x silap dalam tahun 1996 beliau telah berpindah ke Penang dan thn 1998 aku pula balik ke Kelantan.. sejak itu kami telah terputus hubungan.

Beberapa hr sebelum ni sy bertemu dgn teman2 dari sekolah rendah yg hampir 30 tahun atau lebih x bertemu, sungguh menakjubkan. Dunia telah menjadi kecil dgn teknologi malah byk lg perkara yg x dijangkakan akan berlaku.


Saranan sy teknologi dibuat untuk memudahkan, bukan untuk membuat orang bingung dan leka. Jangan gunakan kemudahan ini untuk perkara yg memudaratkan. Jangan pula kerana facebook kerja2 lain terabai, anak2 terbiar, leka seharian melayan kerenah di alam cyber, alam nyata di tinggalkan. Kerja2 byk tertunggak dan sebagaiannya. Di Korea contohnya seorang anak kecil meninggal dua mati kebuluran kerana ibu bapa leka dgn komputer.

Yang paling penting adalah Silaturahim dpt dijalinkan. jgn pula jauh dpt didekatkan tp yg dekat pula x dihiraukan.. jiran sebelah pun x sempat nak tegok plk.. sanak saudara jgn di tinggalkan plk.