Ahad, 16 Mei 2010

KITA LEKA DENGAN HIBURAN



Orang Melayu terlalu leka dengan Hiburan

Malaysia Idol, Akademi Fantasia, Mentor, Who Will Win & berbagai bagai lagi merupakan di antara rancangan realiti tv yang berbentuk hiburan pada masa kini yang cukup popular mempengaruhi anak anak kecil, muda mudi sehinggalah orang tua. Ternyatalah orang Melayu kita memang cukup suka akan rancangan yang berbentuk hiburan tidak kisahlah sama ada yang berbayar ataupun tidak.
Kita suka sangat hiburan sehinggakan sanggup membazirkan wang dan masa untuk menonton rancangan sebegini, buktinya sebanyak RM15 juta telah berjaya dikutip melalui undian SMS oleh sebuah syarikat penyiaran swasta baru-baru ini.
Alangkah bagusnya jika wang itu digunakan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik yang memerlukan wang untuk menjalani pembedahan. Sudah tentulah ramai kanak-kanak seperti adik Intan Syafiqah dapat diselamatkan jika semua masyarakat peka.
Tanpa segan silu, mereka sanggup menangis teresak-esak bagaikan budak kecil kerana terlalu fanatik terhadap artis yang dipuja siang dan malam itu terkeluar daripada senarai pertandingan.
Sungguh memalukan sekali bagi saya kerana murahnya air mata kita kepada hal yang tiada mendatangkan faedah satu sen pun kepada bangsa. Adakah kehidupan kita akan berubah selepas menangisi hal yang remeh itu?
Saya rasa orang Melayu terlalu leka dengan hiburan sehinggakan apa jua rancangan yang berbentuk hiburan akan mendapat sambutan di luar jangkaan.
Konsert di Malaysia sekarang ini diadakan hampir setiap bulan membuktikan rakyat Malaysia memang cenderung ke arah hiburan. Apa-apa majlis pun, mesti ada hiburan. Hari Kebangsaan akan kita sambut tidak lama lagi, ramai artis telah dijemput untuk meraikan pengunjung yang hadir pada malam itu nanti. Penutupnya juga hiburan.
Kita sibuk menyuruh remaja menjadi insan yang bertanggungjawab kepada negara, pada masa yang sama juga kita lambakkan hiburan kepada mereka. Betulkah semua ini? Tercapaikah Wawasan 2020 nanti? Hiburan akan menyebabkan ramai yang leka, solat Maghrib juga ditangguh hanya kerana ingin menonton rancangan hiburan. (sumber:Ñ HALMY OMAR, Tanjung Malim, Perak. Utusan Malaysia :: 26/8/2004)

Kemudian ditambah dengan pusat-pusat hiburan yang bercambah daripada arked mesin video, hinggalah kepada kelab-kelab malam, pub dan pusat karaoke yang beroperasi sehingga lewat pagi.
Selain itu konsert-konsert yang dianjurkan khusus untuk berhibur daripada artis tempatan dan Barat juga turut menambahkan lagi ruang kepada anak-anak muda Melayu ini untuk berhibur.
Kita harus memandang berat akan perkara ini memandangkan ia melibatkan masa depan orang Melayu daripada terus leka dan lalai dibuai hiburan yang tidak memberikan apa-apa manfaat.
Orang Melayu mestilah mengutamakan pendidikan daripada pelbagai hiburan yang tidak menyumbang kepada perkembangan pemikiran yang sihat serta sanggup menghabiskan wang ringgit mengundi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) demi idola.
Sedangkan kita khususnya orang Melayu perlu mengamalkan prinsip keutamaan dalam kehidupan seperti mana yang pernah disuarakan oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menyeru umat Islam supaya mengutamakan yang utama.
kita perlu memandang berat isu orang Melayu yang lebih mengutamakan hiburan daripada pendidikan sedangkan orang Melayu masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bangsa lain dalam dunia pendidikan.
Perkara ini juga perlu mendapat perhatian masyarakat Melayu memandangkan orang Melayu kini banyak dikaitkan dengan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, Black Metal, dan lumba haram yang menunjukkan keruntuhan akhlak yang semakin serius.
Rancangan-rancangan hiburan seperti pop video yang menampilkan penyanyi Barat dan konsert-konsert terutamanya dari artis Barat seperti Kumpulan Pussy Cat yang diadakan di negara kita baru-baru ini lebih menonjolkan kelucahan.
Ditambah dengan sajian filem-filem Hollywood dan juga filem-filem Bollywood yang jelas sekali merupakan bahan-bahan lucah yang seolah-olah tiada siapa lagi yang dapat membendungnya.
Pihak-pihak yang berkenaan seolah-olah sudah tidak mempedulikan lagi akan kesan buruknya yang menimpa terhadap orang Melayu menerusi pelbagai rancangan hiburan yang disediakan oleh mereka.
Merebaknya unsur-unsur hiburan dalam kalangan orang Melayu menyebabkan mereka lalai dan leka dengan hiburan sedangkan keutamaan terhadap pendidikan untuk masa depan mereka sendiri akan terabai.
Tatkala Teras menyaksikan tanda-tanda yang jelas akan kemerosotan orang Melayu mulai berputik, Teras mendapati banyak perkara yang tidak kena dalam kehidupan orang Melayu masa kini.
Sehubungan itu maka mari kita mengajak masyarakat Melayu supaya bangkit semula serta melakukan muhasabah diri dan membawa perubahan kepada diri dan keluarga serta masyarakat dengan memegang kepada prinsip keutamaan.
Masyarakat Melayu juga memerlukan anjakan paradigma sekiranya mahu mencipta nama di persada antarabangsa dan mengubah segala sikap yang buruk yang merugikan diri mereka sendiri.

SELAMAT HARI GURU..


Ucapan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu cikgu di seluruh Malaysia.. terutama guru di SMK Seri Rompin.. juga kepada semua bekas guru yg pernah mengajar saya dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, hingga ke tingkatan 6, guru guru semasa belajar di kolej, semasa di institusi lanjutan, ustaz, guru guru agama, guru mengaji Quran, hinggalah kepada pensyarah pensyarah semasa belajar di Universiti.. SELAMAT HARI GURU...jasa mu tetap dihargai & di kenang.

Rabu, 5 Mei 2010

MEMANCING TOMAN


kepuasan memancing adalah ketika ikan meragut umpan. saat saat bertarung sangatlah mendebarkan, byk perkara yang berlegar di kepala namun tumpaun kepada sang mangsa tidak boleh leka.. matlamat adalah satu untuk mendaratkan sang mangsa. kesabaran , ketenangan & kepantasan bertindak merupakan faktor penting penentu kebarangkaliaan ikan berjaya dinaikan..