Isnin, 2 Januari 2012

SELAMAT DATANG 2012

Walau apa pun yang terjadi sepanjang 2011 dalam hidup anda semua, kini sudah masuk hari yang ke 3 melalui tahun 2012 dan kita akan mulakan sesuatu yang baru dalam buku kehidupan kita.
Termasuk juga aku, tenaga kerja di bidang pendidikan akan terus memandang ke hadapan untuk satu cabaran yang baru buat kami semua nanti.

2011 pasti satu tahun yang manis untuk kita semua, bagi aku pula 2011 aku telah dapat pulang ke negeri kelahiran biarpun tersangkut sekadar di hujung negeri. Pada penghujung tahunnya pula berlaku sedikit kekalutan dalam proses pertukaran yg pada mulanya telah di luluskan namun selepas seminggu keputusannya berubah.. ianya menyentap segala harapan dan impian namun walau bagaimanapun  2012 pasti’nya menjanjikan sesuatu yang lebih menarik & indah untuk aku tempuhi.

Terima kasih 2011 dan anda semua yang bersama kami sehingga hari ini atas segalanya. bagi warga pendidik kami sempena SBPA tidak kami janjikan emas & permata untuk tahun 2012, namun kami janjikan yang terbaik