Sabtu, 31 Oktober 2009

PENANTIAN 39 TAHUN

'The Red Warriors'

Penantian selama 39 tahun.. sengaja tajuk ini di ungkapkan! kerana selama 40 tahun umur saya dan selama lebih kurang 30 tahun saya mengikuti perkembangan arena bola sepak tempatan, inilah pertama kali pasukan Kelantan 'Red Worriors' dapat masuk ke final Piala Malaysia. Dan buat pertama kali juga diharapkan menjadi JUARA dapat menjulang Piala Malaysia.

39 tahun suatu tempoh yg lama ....memang saat ini amat di nanti2 kan, dan kemenangan keatas pasukan Perlis semalam telah mencatat sejarah baru bagi Kelantan, semoga piala keramat akan dapat dijulang kali ini. Bersandarkan prestasi tahun ini, saya optimis Kelantan mampu melakukan sesuatu yg sememangnya amat ditagih oleh peminat bola sepak Kelantan malah oleh seluruh rakyat Kelantan.

Rasanya jerih paih seluruh peminat akan terbalas, ..yg selama ini penat memanjat tangga stadium, berasak asak berebut membeli tiket, melaung memberi sorakan semangat dan sebagainya demi kemenangan pasukan.

SOSIAL NETWORKING


Kebelakangan ini kita sering mendengar tentang ‘social networking’ Atau penggunaan facebook @ friendster yang fungsinya kira2 hampir sama sahaja. Hampir semua orang membicarakannya, di mana2 sahaja.

Menurut maklumat sejarah Facebook pertama didirikan pada tahun 2004 oleh seorang Mahasiswa Harvard University yang bernama Mark Zuckerberg. Pada awalnya facebook ini dibuat hanya untuk kalangan terbatas yaitu untuk mahasiswa Harvard bagi kemudahan perbincangan antara student atau dgn pensyarah.

Namun sekarang facebook telah dibuka keanggotaanya untuk umum. Mark yang memang hobi mengkotak katik program pembuatan website berhasil menulis kod original Facebook dari kamar asramanya. Untuk mengasilkan situs ini, ia hanya melakukannya dalam waktu sekitar dua mingguan sahaja. Mendapati Facebook mampu menjadi magnet yang kuat untuk menarik banyak orang bergabung, ia memutuskan mengikuti jejak Bill Gates memilih untuk lebih serius dalam bidang ini.

Bersama tiga rekannya andre McCollum, Dustin Moskovitz, dan Chris Hughes, Mark kemudian membuka keanggotaan Facebook untuk umum. Dan sekarang Mark Zuckerberg dinobatkan sebagai orang terkaya ke 4 versi majalah Forbes. Kekayaannya disebutkan 'hanya' 1.5 milion AS dolar. Namun Zuckerberg baru berusia 23 tahun.

Untuk saat ini , Facebook telah memiliki jumlah keanggotaan lebih dari 64 juta anggota aktif. Jumlah tersebut merupakan yang paling banyak di antara website lain yang bergerak di bidang sekolah/perguruan tinggi di dunia. Dalam tempoh 1 tahun, peringkat Facebook naik dari 60 menjadi peringkat 70 sebagai website yang paling banyak dikunjungi setiap harinya. Sedangkan sebagai situs foto, Facebook telah melampaui Flickr dengan jumlah foto 8.5 juta foto setiap harinya.

antara gambar bersama teman2 lama semasa di Pantai Morib sekitar tahun 1990 dulu yang saya jumpa dalam facebook

Antara manfaat dari Facebook yang paling terasa bagi kita adalah untuk menambah teman dan menyabung silatulrahim. Kita tidak hanya dapat berhubungan teman sekolah, kuliah maupun teman kerja, tetapi juga berhubungan dengan orang-orang di kota lain bahkan dari negara lain…. Sejak saya mula melibatkan diri dgn facebook, dlm masa beberapa hari saja saya telah dpat bertemu semula dgn ramai kawan2 lama yg sudah 10 tahun lebih tidak jumpa atau terputus hubungan. Walaupun secara maya tapi nostalgia2 lama dpt membaur semula kenangan bersama teman2 lama, seolah2 baru seperti semalam kita berpisah.

Saranan saya kita sebagai pengguna tidak perlu pening untuk memilih facebook, friendster atau mana mana situs lain. Teknologi dibuat untuk memudahkan,bukan untuk membuat orang bingung. Dan kita tidak perlu menjadi korban keganasan teknologi tersebut. Jangan sampai kita milih facebook cuma ikut Trend orang orang sedunia. Ingat ya.. untuk berjaya, hidup kita harus seimbang antara dunia dan akhirat. Karena menurut saya yang paling penting adalah Silaturahim dpt dijalinkan.


Ahad, 25 Oktober 2009

MEMANCING

Kebelakangan ini aku tidak begitu sibuk dgn kerja.
Untuk mengisi masa bolehlah aku turun memancing, kekadang aku memancing udang & kekadang mancing ikan. Orang kata kalau duduk kat Kuala Rompin ni tak memancing tak sah. Aku memancing pun hanya sekadar hobi utk memenuhi masa lapang saje. Banyak dah lokasi2 memancing aku teroka kat sini ..ikut kawan2 spt cikgu Arif, cikgu Samsul, Fadzli @ dgn x student aku.

sebenarnya hobi memancing ni dah lama, tp bukan serius pun. cuma time2 ada kawan dan masa yg mengizinkan barulah aku pergi memancing. pengalaman pun x banyak, kadang2 tu bila dah lama tak turun mancing terasa jg kekoknya..cuma apa yg ingin dingatkan disini kepada kaki2 pancing jgn sampai lupa tanggung jawap sudah le. memang memancing ni orang kata berantu sikit. kalau dah start tu susah nak berenti. kalau turun pagi tu kadang2 sampai ptg pun tak ingat nak balik.

Isnin, 19 Oktober 2009

TEH TARIK ROTI CANAI & KEDAI MAMAK



Dah lama rasanya tak bloging. sibuk sikit sebab sebelum ni kena jag PMR. lepas tu tak berapa sihat sikit Hari ni baru ada peluang.

Buka internet buka facebook jumpa member lama dari KL teringatlah masa kat KL dulu. Kalau masa duduk KL dulu pekena teh tarik & roti canai kat kedai mamak adalah kebiasaan. Tapi kini jarang2 dah sebab kat sini kg takde kedai mamak, dan hari ini aku terbaca artikel yg berkaitan yg menarik perhatian aku.

2 kisah yang bakal di paparkan bukan tujuan untuk menutup periuk nasi @ mengaibkan sesiapa sekadar peringatan kepada mereka yg sering makan kat luar.

Kisah 1 - Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan yang lalu saya juga terperasan ketika tengah makan di salah satu kedai MAMAK depan apartment tempat saya tinggal di PUTRA PERDANA PUCHONG .. Saya ternampak salah sorang pekerja dalam kedai mamak buat kerja2 kat dapur dan tiba2 keluar dukung anak ANJING lepas kat luar kedai then masuk ke dapur balik.

Terus saya berhenti makan dan tanya pekerja tu.. You ISLAM? Dengan takut2 dia jawab saya Hindu tapi BOSS saya ISLAM. Saya suruh dia panggil BOSS dia and BOSS dia datang minta maaf. Saya cakap "maaf kepala hotak you!!!"

Saya tanya dia "you ISLAM???" Dia jawab ya! Saya bayar dan terus blah. Sejak hari tu aku dah tak jejak lagi ke kedai MAMAK! Yang aku marah sangat kat kedai tu ada frame Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar-besar. ...

Baru aku perasan tak semua MAMAK tu ISLAM, RAMAI PEKERJA HINDU dan tak semestinya ada Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar -besar tu HALAL .. dan RAMAI yang ISLAM selamber je makan... So yang tak perasan lagi berhati2 !!!......


Kisah 2- Ini satu lagi kisah benar pasal mamak ni. Ianya berlaku di PRECINT 9 , PUTRAJAYA dekat Avon .. Seorang makcik ni lalu belakang kedai mamak ni. Dia nampak mamak ni na la punye tengah menguli tepung. Kalau uli dengan tangan takpe jugak. Ini dia uli dengan KAKI!!. Eeee uwekkks. Kedai mamak kat situ ada 2. Satu pekerja2 dia pakai apron merah, satu kedai lagi apron putih . Yang makcik tu nampak ialah di kedai pekerja2 yang pakai apron putih.

Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan kebanyakan mamak ni pengotor. So sendiri mahu ingatlah ye. Seelok-eloknya elaklah makan di kedai yang diragui kehalalannya. Banyak lagi kedai melayu.. Kedai melayu pun ada jugak jual roti canai dan teh tarik.

Tidak semestinya mamak saje yg pengotor, kedai lain pun ada juga ..so tengok2 lah dulu sebelum oder makan tu, tinjau kat dapur @ bilik air chek line. Kalu tahap kebersihanya memuaskan silakan lah.

Ahad, 4 Oktober 2009

SESUATU YG PERLU DIBERI PERHATIAN

Buka saja internet hari ni saya terus membuka blog & saya tertarik dengan kisah yg dibaca di blog Cikgu Sazili. Setelah lama kita tidak mendengar kisah2 seumpamanya setelah digemparkan dgn berita kehilangan adik Sharlini dulu, mungkin masyarkat kita sudah lupa @ reda namun kisah yg akan paparkan sebenarnya dpt mengingatkan kita semula agar sentiasa berhati hati...

Saya paparkan semula kisah tersebut ;

From:azymie

Message: Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih .

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya dennga melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.

Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!

Thank you,

Email dari: NOOR HAIZAM IBRAHIM<>

Khamis, 1 Oktober 2009

INGAT INGAT LAH


Kita baru saja meraikan kemeriahan Hari Raya lebih kurang seminggu dlm suasana gembira.. semalam dan kelmarin kita di gegarkan dgn beberapa bencana spt banjir besar di Filipina, tsunami di Kepulauan Fasifik Selatan dan gempa bumi dan di Sumatra Indonesia. Kejadian ini seolah olah merentap kegembiaan kita apatah lagi bg mereka yg mengalaminya.

Bagi yg sedar pasti akan segera menginsafi bertapa Tuhan sentiasa menguji kita, bagi yg tidak sedar tetap menganggap ini adalah fenomena biasa alam, dan mereka akan terus leka dgn maksiat dan kemungkaran.

Apa yg perlu, kita seharusnya sentiasa mengingati Allah, sesungguhnya betapa kecil & lemahnya kita di dunia ini. Semuanya adalah sementara bagi kita. Saat gembira biarpun segembira mana sekalipun pasti akan ada duka. Saat duka jg pasti tidak selamanya. Kekayaan kita walau mencecah langit hijau jg bersifat sementara begitulah sebaliknya.. ingat2 lah..!!