Ahad, 13 September 2009

SALAM AIDIL FITRI


Nampaknya Ramadhan sudah mula melabuhkan tirai untuk pergi meninggalkan kita & mengundang sinar Syawal kemilau tak berapa hari lagi. Dalam hiba untuk berpisah dengan Ramadhan keriangan sudah mulai terasa dan teruja untuk kembali ke pangkuan ayah bonda tercinta nun jauh di kampung halaman sana semakin mendetik detik untuk bertemu sanak saudara, adik abang, datuk nenek, pokcik ,mokcik , teman2, buah hati pengarang jantung serta kaum keluarga. Sememangnya begitulah amat ditunggu-tunggu sebab bukan senang untuk dapat bertemu & berkumpul bersama setelah lama tak berjumpa.

Apa-apa pun, dikesempatan ini saya dengan rendah hati & penuh keikhlasan menghulurkan sembah salam, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap kepada anda semua yg mengenali diri ini & yg sudi berkunjung ke blog sy ini. "SALAM AIDIL FITRI" selamat hari raya maaf zahir batin ..jg k
epada semua kawan2 semasa di SRKSYP, kawan2 di SMKSYP & SMKB, kawan2 IPM & YPM. kawan2 di IKN Rawang. Kawan2 di ASNB & PNB. Kawan2 serumah di Kg Baru, Mindelf, setapak, gombak, kawan2 serumah di Tg malim. Kawan2 di UPSI, di SMKSR.. para pelajar dan semuanya.

Kepada yg pulang ke Kg halaman selamat pergi dan balik ke kampung masing-masing. Hati-hatilah memandu di jalan raya. Semoga Ramadhan telah mendidik kita & Syawal tahun ni akan lebih meriah dan beerti.. Kita jumpa lepas cuti Raya nanti.

1 ulasan: