Sabtu, 25 Julai 2009

ENTAH APA APA..

Merenung anak2 yang bermain di halaman petang2 begini teringat sy zaman kanak2 dulu. Sebut saja permainan seperti aci sorok, batu seremban, bulu ayam, cari cucu, teng2, congkak, galah panjang, gasing, guli, jala itik, konda kondi, sepak raga, wau, police entry, baling tin, tarik upih, bidas getah, berebut tiang dan berbagai bagai lagi permainan rakyat atau boleh dianggap tradisional yg sering di mainkan sewaktu di kampung dulu.

Anak2 zaman sekarang rasanya sudah tidak tahu sangat tentang permainan2 seperti ini, malah mungkin ada yang tidak pernah dengar langsung. Zaman yang berubah telah menjadikan anak2 lebih asyik dengan TV atau permainan vedio atau internet sahaja. Mereka lebih asyik terperap di dalam rumah mungkin hingga berjam2. Perkembangan teknologi bukan bermakna tidak baik, tapi ada juga kesan negatifnya spt membataskan anak2 kita untuk bergaul dgn rakan2 sebaya dan masyarkat persekitaran.

Permainan2 yg dimainkan dulu2 sebenarnya dapat membentuk interaksi, kerjasama, keseragaman, persefahaman dan saling mengenali. Kita akan bermain secara beramai2 malah ada yg datang dari kg sebelah. Sebab itulah masyarakat kita dulu saling mengenali antara satu sama lain. Pergaulan dgn masyarakat penting untuk membentuk keperibadian anak2 ianya satu pembelajaran ttg kehidupan secara tidak lansung yg menjadikan mereka lebih matang dan mampu menyesuaikan diri dgn persekitaran dan masyarakat.

Saya mengatakan begitu kerana saya teringat anak2 buah sy dari bandar jika pulang ke kampung mereka dilihat agak sukar menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung. Tak pandai itu, tak pandai ini, tengok kucing takut, tengok ayam takut, tengok kambing takut dan semuanya janggal bagi mereka, malah macam2 lg hal yg timbul kekadang melucukan dan kekadang mengecewakan saya. Daya tahan mereka lemah. Kreativiti mereka kurang biarpun mereka dr segi akedemiknya baik. Maklumlah orang bandar! ..tp jgn sampai kemajuan dunia yg merangsang kita untuk kemajuan, kemodenan, bekerja, dan berusaha itu mengajarkan untuk meninggalkan tradisi kita orang Melayu dan mengurangi nilai2 murni yang sedia ada dan pernah menjadi suatu kebanggaan atau aset bangsa.

Selasa, 14 Julai 2009

KARTUNIS LAT DAN KRITIKAN SOSIAL




Seni kartun merupakan bentuk karya seni rupa yang dapat mempengaruhi Pemikiran publik, baik secara langsung mahupun tidak. Seni Kartun juga dapat membuat penontonnya tersenyum geli ataupun sebaliknya tersinggung kerana merasa disindir atau tersindir. Pujian dan cacian, itulah dua hal yang sekaligus dapat diciptakan oleh seorang kartunis dengan kepiawaian idea dan gambarnya melalui kartun.

Antara pelukis kartun yang saya kagumi adalah Lat (Dato'Lat) atau nama sebenarnya Mohd nor Khalid. Saya dibesarkan dgn lukisan lukisan kartunnya.. Saya mengikuti perkembangan kartun Lat sejak di bangku sekolah rendah lagi pada akhir tahun 1970-an. Masih ingat lagi saya terpaksa pinjam komik komik tersebut dari kawan kerana tak mampu nak membelinya. Menjelang awal 1980-an, buku koleksi kartun “The Kampung Boy” (1979) dan “Town Boy” (1980) saya jadikan contoh dan aspirasi untuk saya mengasah bakat melukis.

Seperti kebanyakan peminat Lat, saya mengikuti kartun Lat kerana banyak sebab yang bersifat peribadi dan latar belakang kehidupan yang berasal dari kesegaran kampung yang begitu dekat dengan kita. Begitu juga setiap kali membuka akhbar New Straits Times (NST), saya akan membuka halaman editorial dan menelaah kartun Lat terlebih dahulu. Pada hemat saya, kartun Lat mengambarkan isu terkini yang perlu diberi perhatian. Yang pasti, Lat begitu peka terhadap perkembangan semasa. Kartunnya memperihalkan isu semasa dari pelbagai sudut secara sinis dan seringkali menyengat.

Lat juga mempunyai kelebihan mengambarkan pemimpin dan tokoh negara secara bersahaja, seperti Karikatur Datuk seri Dr Mahathir dgn cermin mata & identiti hidungnya, Datuk Seri Abdullah Badawi ditonjolkan dengan hidung ala Arab, sementara identiti Datuk Seri Najib Razak pula pada mulutnya..

Justeru mengamati kartun Lat bukan sahaja membuatkan kita tersenyum malah membuka minda untuk menilai persekitaran dan sesuatu peristiwa dari dimensi kemanusiaan. Kita juga diajak untuk berfikir dengan kritis dan tidak hanya pasrah peristiwa yang berlaku.

Sabtu, 11 Julai 2009

DATSUN LEPER ..ISWARA ..WAJA & ..?

Datsun 120Y (leper) model tahun 1982...


Iswara model 1993 ..pakai antara 2007 hingga 2009

2009 waja & ...

lepas ni mungkin BMW ini...?

Saja je ..bagi motivasi supaya terus bersemangat.. untuk kuat kerja, rajin dan terus berusaha. Kalau ikutkan dgn kerja makan gaji sampai mati x dapat pakai BMWni. Tapi setakat ni cita2 aku lain ..kalau ada duit lebih aku pilih untuk menunaikan umrah.. insyaAllah.

ANGKASA SUMBER INSPIRASI









Bersama karya tajuk "Aura Galaksi" yang baru disiapkan.











Proses terakhir sebelum menyertai pertandingan ..bersama karya bertajuk"Bima Sakti"









Bersama rakan di hari pertandingan "Pertandingan Batik Angkasa sumber Inspirasiku". Aura Galaksi meraih hadiah saguhati..

Sabtu, 4 Julai 2009

LAGENDA YANG MENCETUS FENOMENA

Sudah seminggu Michael Jackson meninggal dunia, namun cerita tentangnya masih hangat diperkatakan .. berbagai cerita dan spekulasi yang timbul menjadikan ianya sentiasa hangat dan sensasi. MJ memang manusia pelik dan begitulah penghibur hebat yg bergelar Raja Pop Dunia, dia adalah lagenda juga boleh dikatakan raja yg tiada ganti setelah kehilangannya.

Hari ini saya ke Kuantan, mengunjungi satu pasaraya untuk membeli belah. Di sini sana masih kedengaran lagu lagu MJ di mainkan di kedai kedai lagu dan muzik. Sama seperti suasana sewaktu tahun 80-an, Ia seperti mengimbau zaman kegemilangannya bagaimana suasana waktu itu pengaruh muzik MJ mula menjadi kegilaan remaja tidak kira dimana mana. Bukan sekadar Muzik dan tarian malah gaya dan pakaian turut menjadi ikutan. Masih saya ingat waktu itu bagaimana kasut ’Larrie’ laku bagaikan goreng pisang panas. Saya juga turut sempat membelinya sepasang. Dari kasut, stokin, seluar, baju, jaket dan topi semuanya menjadi ikutan dan kegilaan.

Saya bukanlah peminat beliau, namun saya kagum dengan bakatnya. Beliau antara manusia yang hebat, dan kehebatan itulah yang menarik perhatian saya. Saya membesar pada zaman kegemilangannya. Saya tahu tentangnya, fenomena yang dicipta melalui lagu, tarian, muzik, pakaian, dan gayanya mempengaruhi seluruh dunia. Tidak hairanlah mengapa beliau mempunyai berjuta peminat fanatik di seluruh dunia. Ia mencipta revolusi muzik, setiap persembahannya penuh bertenaga dan bermakna. Muziknya telah mencipta pengaruh menyatukan kaum, merobohkan benteng perbezaan warna kulit dan keturunan.

Beliau telah memiliki segalanya, nama, kemasyuran, pengaruh, kemewahan dan empayar, namun beliau masih terasa kekurangan sesuatu. Saya bangga dan bersyukur dengannya kerana akhirnya beliau bertemu juga dengan apa yang dicari iaitu ‘Islam’. Semuga bersemadilah MJ dengan aman di sisi Tuhan yg Esa. Al- fatihah buatnya.


Pernah terdetik di hati ini ..jika dengan sedikit bakat yg di anugerah Tuhan ..manusia ini dianggap hebat dgn mampu memberi kesan kepada kita bagaimana sekiranya kita ada pada zaman kehidupan Nabi (manusia yang paling hebat) atau zaman kegemilangan Islam waktu itu, Fenomena dan auranya sudah pasti memberi kesan berpuluh kali ganda mendalamnya. Bukan niat untuk membanding tp cuba menghayati sejarah dan perjuangan Baginda s.a.w semuga kecintaan ini kian mendalam kepadanya.