Rabu, 15 April 2009

MAJULAH BOLA UNTUK NEGARA




Artikel ini adalah respon dari penulisan Cikgu Lan & Sir Sazili.

Cerita tentang bola sepak ni.. Saya dulu memang kaki bola, zaman saya bermain bola adalah dari tahun 1981 hingga 2000. zaman kegemilangan saya adalah antara tahun2 1984 hingga 1990, tak lama lepas tu saya masih main lagi tapi prestasinya turun naik saja dan kali terakhir saya main bola adalah pada tahun 2000, masa tu saya bermain dengan Kraftangan Malaysia lawan dengan pasukan Negeri Sembilan bawah 21 (perlawanan persahabatan). Lepas pada tu saya mengalami kecederaan lutut yg serius semasa sesi latihan di kraftangan dan sekali gus menamatkan episod bola saya.


Pada awal pembabitan saya mula kenal dengan Mokhtar Dahari, 'Pele', kemudian saya mula meminati Maradona, Backheam dan pemain bola yang paling saya minat adalah Ronaldo(9), dan Kini saya masih belum jumpa pemain yang menarik minat saya kalau adapun sekadar biasa saja bukan mereka tak bagus spt Kaka, C. Ronaldo, Tores, Drogba, Robinho dan ramai lagi tapi belum ada yang special @ x faktor yang menarik minat saya.


Setelah datang ke Rompin saya telah didedahkan semula dgn bola sepak, maklumlah kawan2 sibuk ajak main bola.. walaupun sudah hampir 8 tahun tidak menyentuh bola namun kerana semangat masih membara saya pun cubalah kembali ke lapangan.. sayangnya walaupun lutut saya tidak lagi terasa sakitnya, ..saya mula sedar saya tak boleh lagi bermain bola. Saya malu sendiri, malu juga kepada kawan2 dan budak2. Tapi dalam bola sepak itu perkara biasa faktor usia memang menjadi penghalang. Zaman saya dah berlalu. biarlah saya simpan saja kasut bola saya buat kenangan.


Saya memang lahir pada zaman Mokhtar Dahari & saya memang pernah menyaksikan perlawanan2 yg melibatkan Malaysia menentang Korea, Jepun, Thailand, Singapura dan sebagainya.. memang membanggakan.. apakah mutu bola sepak kita semakin teruk @ mutu kita ok, tapi mutu orang lagi ok maknanya makin meningkat dgn kadar yg lebih berkali ganda dari kita. Negara kita bukan kita x ada pembangunan bola, tapi saya rasa ada beberapa faktor yang boleh di ubah

1) Faktor pemakanan - selagi kita duk makan nasi selagi itulah kita lembik main bola. Bukan x boleh makan nasi tapi maksudnya di sini siapa yg berbakat utk main bola kena jaga pemakanan dari peringkat kanak2 lagi lebihkan makanan2 yang memberi tenaga, membentuk kecergasan iaitu makanan di aras 2 dan aras 3 dalam piramid makanan iaitu Ikan, ayam, daging dan kekacang, Susu serta produk tenusu buah-buahan dan sayur-sayuran.

2) Pengurusan - selagi orang2 politik & kerabat2 yg pegang teraju kepimpinan selagi itulah mutu bola kita x meningkat. Bola sepak negara kita perlukan mereka yang benar-benar boleh mengurus dan mempunyai kebolehan menjadikan bola sebagai satu business.. dan badan pengurusan bola sepak mestilah lebih terbuka menerima teguran dan pandangan bukan hanya sekadar tahu memberi alasan dan menghukum sahaja.

3) Kejurulatihan - selagi kita tidak berani berubah arah mengunakan jurulatih yang bagus2 dari negara Latin selagi itu kita tidak boleh berubah. Selama ini dah bepuluh-puluh tahun kita lebih kpd teknik kejurulatihan Eropah yg sememangnya kurang sesuai dengan bangsa kita yang bersaiz lebih kecil dan lembik nih. Kerana Eropah mengamalkan ’total football’ iaitu pemainan yang pantas, ’counter attack’ dan teknik hantaran2 jauh.. so kita lebihkan lah kepada pemainan Latin yang lebih tektikal, teknik hantaran2 pendek, bermain dgn cara mudah spt spt Brazil, Mexico atau Argentina ambik jurulatih dari sana, ceduk seberapa banyak ilmu dari mereka. Dasar pandang ke Latin pulak. Nak hantar pemain2 buat latihan pun pilih negara2 Latin, lupakan dulu eropah seketika. Dah hebat nanti baru kita masuk ke Eropah. Tengok saja dah berapa ramai pemain-pemain muda kita yg berbakat dan diramal hebat dan telah dihantar belatih ke Eropah tapi akhirnya apa yang terjadi, pulang ke Malaysia sama saja.. seorangpun x mampu membantu membawa negara ke tahap yang lebih baik. Salah seorang dulu saya masih ingat seorang kanak2 bangsa India kalau tak silap nama Titus ke ape.. bakatnya pernah dicungkil sejak umur 10 tahun lagi, memang hebat dan berbakat, pernah keluar tv dan telah di hantar berlatih ke Perancis sejak kecil lagi. Saya rasa sekarang ni dia dah cukup dewasa untuk mewakili negara tapi kemana perginya..

4) Moral, motivasi, semangat dan petriotisme – penerapan nilai2 sebegini amat perlu dgn menggunakan pakar2 motivasi yang berwibawa. Kelas2 motivasi dijadikan sebagai dari kelas wajib bagi para pemain. supaya pemain kita kuat mentalnya, tidak mudah luntur semangat juangnya dan mampu mengawal emosi dalam ape keadaan sekalipun.


Bukan kita ketandusan pemain, bukan kita kekurangan kemudahan, bukan kita kekurangan latihan, bukan kita tidak ada pembangunan kerujulatihan, bukan kita tidak ada pembangunan dalam arena bola sepak, bukan kita tidak ada program mencari bakat2 baru, bukan tak ada semua nya.. ada! Tapi mengapa kita setiap tahun semakin meronsot ke ranking bawah FIFA. Saya masih ingat bagaimana kita telah kalah pada Vietnam dalam pertandingan piala ape saya dah lupa pada pertengahan tahun 1990-an (1996 @ 1997) kalau tak silap saya. Vietman sebuah negara yang baru membangun masa tu keluar dalam majalah3 cerita tentang negara Vietnam selepas 2 tahun penghantar pulang beramai-ramai pelariannya ke negara asal. Mereka tunjukkan studiumnya dan padang bolanya pada masa itu memang daif, kalau nak dibandingkan dengan padang sekolah SMK Seri Rompinpun jauh bezanya. Rakyat mereka pun baru 2 tahun mula bermain bola setelah negara mereka bebas dari peperangan, Masa tu Malaysia sudah ada Stadium Bukit Jalil sudah ada sekolah sukan sebagainya tapi macam mana Malaysia boleh kalah kepada Vietnam? Mana slogan ’Majulah sukan untuk Negara’!

7 ulasan:

  1. Sekarang saya minat lionel messi ah pok su. Ronaldo brazil tu mmg best terutama masa zaman hebat dia. Zidane pn boleh tahan jugok.

    BalasPadam
  2. Pok Su,
    bagus jugak baca artikel ttg bola sepak nih. Banyak maklumat yg berguna. Kalau cikgu2 kat sekolah yang jadi jurulatih budak2 tu dapat baca bagus jugak.

    Saya lama dah 'gantung boot'. Bukan zaman saya lagi dah. Tapi lutut dan buku lali, sakitnya tu datang dan pergi. Tulah kenangannya.

    Bola sepak kat negara kita nih, tak taulah. Nak komen banyak2 pun tak kena, macam tak sokong pasukan sendiri.

    Gaduh2 pasal bola sepak tu pun tak mbantu jugak.

    BalasPadam
  3. lan..
    Messi pun ok maradona no 2 tu..

    cikgu wahab..
    kita yg dah gantung boot ni jadi peminat je lah.. sokong tetap sokong pasukan kita biarpun kerap kecewa.

    BalasPadam
  4. Psu,
    Bagi aku selagi mutu bolasepak negara kita bertaraf kampngan, aku nak menonton pasukan bola negara bermain pun aku malas. Biarlah orang nak kata apapun !

    BalasPadam
  5. Psu,

    Satu2 masa dulu saya pun pemain dan peminat bola sepak yang setia, masa 1992-2002, namun sekarang bukanlah masa untuk bermain bola, faktor yang dikemukakan oleh saudara juga perlu didalami dan mencetuskan revolusi sebelum saya berkunjung balik ke stadium.

    Teo

    BalasPadam
  6. Teo..
    terima kasih sudi berkunjung dan memberi ulasan.

    BalasPadam
  7. Psu,

    Sama2lah, Psu. Amalan kunjung-mengunjungi merupakan amalan mulia dalam membentuk silaturahim utuh, sekali gus menggalakkan konsep "Satu Malaysia".

    Teo

    BalasPadam