Isnin, 16 Februari 2009

PENGENALAN KUALA KRAI

Dari: Wikipedia, the free encyclopedia

Kuala Krai merupakan sebuah jajahan di negeri Kelantan Darul Naim diantara sebuah buah jajahan yang terdapat di negeri itu iaitu ; Bachok, Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat, Gua Musang dan Jeli. Jajahan ini mempunyai keluasan mukabumi seluas 2,277 km persegi atau 258 km jarak keliling. Jajahan ini menampung penduduk seramai 62,301 orang pada tahun 1980 yang kemudiannya meningkat kepada 90,830 orang pada tahun 1991 dan seterusnya pada tahun 2000 mencatatkan angka 93,550 orang.
Namun begitu, Kuala Krai dibahagi kepada dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai Utara (MDKKU) dan Majlis Daerah Kuala Krai Selatan (MDKKS) . Kawasan Kuala Krai Selatan meliputi kawasan Dabong, Kemubu dan Manek Urai sementara Kuala Krai Utara pula merangkumi kawasan Kuala Krai dan Guchil serta Kuala Pahi.

SEJARAH AWAL
Jajahan Kuala Krai merupakan jajahan kedua terluas di Negeri Kelantan selepas Jajahan Gua Musang. Jajahan ini juga adalah salah satu daripada jajahan yang tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909.

Namum Jajahan Kuala Krai dikenali secara rasminya pada 01 September 1977 dimana sebelum itu dikenali Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi seluruh Jajahan Gua Musang dan Daerah Kuala Balah di Jajahan Jeli.
Pusat Pentadbiran Jajahan terawal terletak di Kg. Mengkebang, Jalan Batu Lada dan kemudiannya berpindah berhampiran Tangga Krai (Tangga Bradley) pada tahun 1927. Kini Pusat Pentadbiran Jajahan telah berpindah ke bangunan baru berpusat di kawasan Guchil pada 22 April 1985.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan