Jumaat, 28 Januari 2011

BUKTI ALAM





Seminggu ini hujan mula turun kembali membasahi bumi di gua musang ini, malah hampir seluruh kelantan & negeri2 di pantai timur ini. Dalam musim
hujan ni, peluang nak bersiar-siar di tempat baru agak terbatas. Dengan keadaan hujan yang x menentu kadang kala renyai kadang kala lebat di beberapa tempat, menyukarkan lagi perancangan untuk berjalan-jalan melihat alam. Kebelakangan ni, hati ini seperti meronta-ronta untuk menikmati keindahan alam, maklumlah saja di sini cuma ada hutan dan bukit bukau @ gunung ganang.Gua Musang dikelilingi oleh gua-gua dan bukit-bukau batu kapur, yang amat dikenali di kalangan pengembara gua dan pendaki gunung.

Bentuk muka bumi daerah ini diliputi oleh bukit bukau kurang mengizinkan untuk sektor agrikultur dijadikan sebagai sumber ekonomi yang utama. Bentuk geografi ini juga menjadikan ia sebagai sebuah daerah penuh misteri dan sering dikaitkan dengan dunia mistik terutama sekali pontianak.

Daerah Gua Musang mempunyai daya tarikan tersendiri dengan adanya Sungai Nenggiri yang menjadi pusat ekspedisi seperti berakit, meredah hutan dan gua (Gua Jaya, Gua Cha, Gua Chawan). Taman Negara yang dikatakan antara yang tertua di dunia bisa menyambut pelancong dengan hutan dara yang penuh warna-warna flora yang indah dan permai.

melihat akan bukit bukau yang besar begitu hampir dgn kita menjadikan aku begitu kagum, mata ini seperti tidak puas untuk memerhati malah aku juga takut. Takut dalam erti kata jika di bandingkan dgn diri ini betapa kecilnya diri ini dgn ciptaan tuhan ini.. malah terasa begitu kerdilnya diri ini dengan Maha Pencipta.

Sabtu, 15 Januari 2011

DARI KUALA KE GUA


Tahun lalu menghirup angin pantai, tahun ini menghirup angin bukit pula. Tahun baru 2011 telah melewati minggu yang ke 2. Dalam tempoh tersebut banyak peristiwa berlaku. Apa yang paling terkesan ialah perpindahan aku dari Kuala Rompin ke Gua Musang. banyak kos yang terpaksa ditanggung, spt kos lori dari rompin ke kuala krai kemudian dari kuala krai ke gua musang... pendahuluan wang rumah sewa, yuran sekolah anak & berbagai lagi dalam menghadapi penghidupan di tempat baru ..tambahan pula dgn kenaikan harga barangan semakin menghimpit keadaan.

SMK Tengku Indera Petra 1...destinasi seterusnya menyambut kehadiran aku pada 2.1.2011 dalam suasana hujan. Minggu pertama aku di tempat sekolah terpaksa menghadapi satu suasana yg berbeza dgn sekolah lama dulu, antaranya perbezaan jumlah guru dan pelajar yg ramai di sini.. aku terpaksa menyesuaikan diri & alhamdulillah setakat ini aku dapat melakukannya.

Minggu ke 2 sesi persekolahan. Semakin banyak aktiviti yang berjalan. Para pelajar kelihatan semakin sibuk. Aku seperti juga guru-guru lain sedang melaku banyak perancangan. apa yg penting aku mengingatkan diri sendiri agar aku terus dapat bekerja dgn baik & menabur sumbangan sebaiknya di negeri aku sendiri.