Isnin, 31 Ogos 2009

CUTI SEKOLAH DALAM PUASA



Wah! Bestnye rasa sebab kebetulan cuti sekolah pertengahan penggal ini sama dgn bulan puasa. Jadi dapatlah meraikan minggu pertama bulan Ramadhan bersama2 keluarga yang disayangi di kg. Dapatlah berbuka puasa dengan juadah yang dimasak menggunakan air tangan mak aku dalam seminggu nih. Berbuka dan bersahur ramai ramai.

Hari pertama puasa (sabtu) aku sekeluarga pagi2 lg terus bertolak ke kg. Kali ni giliran aku balik ke rumah mertua dulu. Esoknya baru aku pulang ke kuala krai. Malamnya, aku gi tarawih, kelihatan ramai jemaah kali ni di surau. Mungkin dengan kehadiran anak2 dan cucu2 yang balik kampung bersempena cuti sekolah menyebabkan keadaan sebegitu di surau malam tadi. Walau apapun, aku amat gembira.

Khamis, 20 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak


Nok kecchaek kelatae sikik..! Ambo nok ambik kesempakte sinni, nok ucap selamat nyambut Ramade Al Mubarak 1403H/2009 ko seluroh pengunjong @ hok bacho blog ambo ni, Jugok ko seluroh rakyak malaysia hok berugamo Isle.

dlm BM..
NAK BERCAKAP KELANTAN SIKIT..! SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK 1430H / 2009M KEPADA SELURUH PENGUNJUNG @ PEMBACA BLOG SAYA INI. JUGA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM.
KITA BERSYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT KERANA DIPANJANGKAN USIA MENEMUI RAMADAN KALI INI, INSYAALLAH. MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGISI RAMADAN INI DENGAN BERBAGAI-BAGAI AMALAN MULIA, DEMI MENINGKATKAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN KITA KEPADA ALLAH SWT, INSYAALLAH.

Isnin, 17 Ogos 2009

KARYA KARYA TERBARU

" gerakan" - batik - 2008

"Gerakan 1" - batik - 2008


"Langit & Bumi" - cat minyak - 2009


"sinaran" - cat minyak - 2009



" Gerakan 2" - akrilik - 2009























"Kudrat" - akrilik - 2009

Rabu, 12 Ogos 2009

7 HARI MENJALANI KUARANTIN


SMK Seri Rompin ditutup bermula semalam pukul 1.00 petang 11 Ogos 2009 (Selasa) sehingga pukul 1.00 petang 18 Ogos 2009 (Selasa). di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit kerana tiga orang pelajar disahkan positif Influenza A H1N1 oleh Jabatan Kesihatan Rompin.

Oleh kerana penutupan itu, semua pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah diarah dikuarantin di rumah masing-masing. Tapi hari ni kerana dah boring di rumah saya cuba menelefon kawan2, ape yg didapati antaranya dah ramai balik Kg..
Dah kena kaurantin pun boleh balik kg, mentang2 cuti 7 hari ada yg balik ke Kelantan dan Terengganu malah ke Johor atau Kolumpo, saya rasa itu satu tindakan yang tidak bertanggung jawab dan melanggar peraturan selain mengambil kesempatan. pada pendapat saya walaupun kita sihat sebenarnya kita tidak boleh sewenang wenangnya untuk ke mana2.

Ini adalah wabak maut, perkara yg melibatkan nyawa, sebab itulah wabak ini sukar dibendung kerana masih ramai yng tidak dapat mengikut arahan. Spt hari minggu yg lepas sy ke Kuantan dlm pengamatann sy masih ramai yg keluar tanpa memakai topeng.. mungkin dlm 30% saja yg pakai, sedangkan kita tahu wabak tersebut telah menular dan mengancam beberapa nyawa di sana. Mungkin kita tidak merasa serius kerana tidak melibatkan kita atau ahli keluarga kita @ kita masih selamat.

Saya sarankan agar semuanya lebih bertanggung jawab, lebih berhati hati & lebih berdisiplin, jaga kesihatan dan patuhi nasihat dari pihak berkaitan. Maaf cakap!! time umum cuti nampaknya cikgu pula yg melompat keriangan.

MENCARI KEBERKATAN


Sempena menyambut bulan yg mulia saya ingin mengingatkan semua termasuk diri sendiri agar lebih pemurah & ikhlas.. saya juga cuba untuk membaiki diri kerana kekadang dlm masa memberi saya masih terasa tidak ikhlas.. sehinggalah Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: " Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah."Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm50 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar
alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Kalu beli atau buat makanan lebih berikan sedikit pada orang sebelah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu ketika ada masanya saya ditimpa malang seperti kehilangan duit, terpaksa membayar barangan yg tak perlu dgn harga yg mahal kerana dipedaya oleh penjual, kereta rosak, dalam masa yang sama kena saman dan ada saja perkara yg berlaku yg membuatkan duit terpaksa dihabiskan ...Saya berfikir sejenak, mungkin Allah nak pesan agar saya memberi sedikit harta yang Allah berikan kat saya ..memang kebelakangan ini agak lama dah saya tidak bersedekah.

Tapi kita kena ingat. Rezeki murah tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki murah nie .. makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka. Dan saya lihat sendiri kehidupan mak saya yg sudah lanjut usia. Setelah ketiadaan arwah ayah mak tidak bekerja seperti dulu lg.. dia hanya mengajar Quran sahaja. Di kg mengajar mengaji Quran tak dikenakan bayaran pun ..Cuma ehsan dari anak murid sahaja ada yg bagi gula, ada bagi susu serba sedikit. Tapi rasanya dgn tak bekerja mak tak pernah takde duit ..rezekinya takpernah putus..