Sabtu, 2 Julai 2011

GAJET TEKNOLOGI
















Tidak kira di mana jua kita berada, dunia kini tidak lagi asing dengan teknologi. Tanpa mengira apa jua jenis teknologi, ia tetap membawa satu kelebihan dalam penciptaannya yang seterusnya membawa kemudahan dan kebaikan dalam hidup kita. Kita sedar selama ini kita telah dilonggokkan dengan pelbagai kemudahan teknologi spt komputer, telefon pintar, netbook dan PSP yang telah muncul dalam kehidupan seharian kita, dan satu lagi yang akan saya sentuh di sini ialah iPod @ ipad.

sebenarnya iPad adalah sebuah produk komputer tablet buatan Apple Inc. (AI). iPad memiliki bentuk tampilan yang hampir serupa dengan iPod Touch dan iPhone, hanya saja ukurannya lebih besar dibandingkan kedua produk tersebut.produk terbaru ini bolehlah kita katakan secara dasarnya satu alat yang menggabungkan kemudahan komputer riba dgan telefon bimbit.

Aplikasi

Di dalam iPad, selain ciri umum seperti home screen, (contact), kalender dan catatan terdapat juga sejumlah aplikasi-aplikasi seperti:

Safari: merupakan penjelajah web yang dapat digunakan untuk mengakses berbagai laman internet, seperti Google, Yahoo, Myspace, Flickr, Apple atau laman sosial seperti Friendster, Twitter, Facebook dan Plurk.

Mail: merupakan aplikasi yang memungkinkan pengguna untuk melihat surat elektronik (email) dan laman ini dapat bekerja dengan hampir semua provider terkemuka seperti Yahoo! Mail, Gmail, atau Windows Live Hotmail.

iTunes: merupakan aplikasi yang dapat digunakan untuk menjelajah dan mendengar muzik, tayangan televisyen, video maupun podcasts melalui iTunes Store. Aplikasi iTunes yang ada di dalam iPad dapat samakan dengan iTunes yang ada pada MacBook ataupun komputer yang dimiliki pengguna.

iPod: merupakan aplikasi yang mampu mengorganisasi dan memutar muzik, sama seperti yang terdapat pada produk Apple yang lain seperti iPod ataupun iPhone.

Photo: sebuah aplikasi yang dapat digunakan untuk menyimpan, mengorganisasi dan melihat foto. Pengguna tidak hanya dapat melihat foto berdasarkan tarikh dan acaranya, tetapi juga berdasarkan wajah ataupun tempat dimana foto tersebut diambil. Pengguna juga dapat menyelaraskan foto ke dalam iPad dari Mac atau komputer melalui iTunes ataupun memindahkan foto dari kamera digital ke iPad melalui iPad camera connection kit.

Video: aplikasi yang digunakan untuk menonton berbagai jenis video, mulai dari film dengan kualiti High Definition (HD), podcast, acara TV sampai musik video dimana saja walau pengguna sedang berada di dalam pesawat sekalipun.

App Store: digunakan untuk memuat turun aplikasi yang jumlahnya mencapai hampir 150.000. App Store menyediakan aplikasi untuk produk-produk buatan Apple dengan beragam kategori, mulai dari permainan, gaya hidup, pendidikan dan lain sebagainya. Aplikasi yang terdapat di dalam App Store dapat diunduh secara gratis oleh pengguna namun ada juga yang dikenakan sejumlah biaya.

Youtube: aplikasi ini dapat digunakan untuk memudahkan pengguna melihat berbagai macam jenis video yang ada dalam Youtube tanpa perlu mengakses lamanya.
iBooks: sebuah aplikasi yang digunakan tidak hanya untuk membaca saja, tetapi juga menjelajah dan membeli buku-buku berformat digital (e-books) dari iBookstore.

iWork: aplikasi yang juga terdapat pada Mac, yang terdiri dari Keynote, Pages dan Numbers. Aplikasi ini dapat membantu pengguna membuat presentasi, dokumen, mahupun spreadsheet.

Maps: aplikasi yang dapat digunakan untuk melihat peta dari atas dengan resolusi tinggi melalui pencitraan satelit. Selain melihat peta, pengguna juga bisa mencari lokasi tempat atau rute dari satu tempat ke tempat lain.

Jumaat, 28 Januari 2011

BUKTI ALAM





Seminggu ini hujan mula turun kembali membasahi bumi di gua musang ini, malah hampir seluruh kelantan & negeri2 di pantai timur ini. Dalam musim
hujan ni, peluang nak bersiar-siar di tempat baru agak terbatas. Dengan keadaan hujan yang x menentu kadang kala renyai kadang kala lebat di beberapa tempat, menyukarkan lagi perancangan untuk berjalan-jalan melihat alam. Kebelakangan ni, hati ini seperti meronta-ronta untuk menikmati keindahan alam, maklumlah saja di sini cuma ada hutan dan bukit bukau @ gunung ganang.Gua Musang dikelilingi oleh gua-gua dan bukit-bukau batu kapur, yang amat dikenali di kalangan pengembara gua dan pendaki gunung.

Bentuk muka bumi daerah ini diliputi oleh bukit bukau kurang mengizinkan untuk sektor agrikultur dijadikan sebagai sumber ekonomi yang utama. Bentuk geografi ini juga menjadikan ia sebagai sebuah daerah penuh misteri dan sering dikaitkan dengan dunia mistik terutama sekali pontianak.

Daerah Gua Musang mempunyai daya tarikan tersendiri dengan adanya Sungai Nenggiri yang menjadi pusat ekspedisi seperti berakit, meredah hutan dan gua (Gua Jaya, Gua Cha, Gua Chawan). Taman Negara yang dikatakan antara yang tertua di dunia bisa menyambut pelancong dengan hutan dara yang penuh warna-warna flora yang indah dan permai.

melihat akan bukit bukau yang besar begitu hampir dgn kita menjadikan aku begitu kagum, mata ini seperti tidak puas untuk memerhati malah aku juga takut. Takut dalam erti kata jika di bandingkan dgn diri ini betapa kecilnya diri ini dgn ciptaan tuhan ini.. malah terasa begitu kerdilnya diri ini dengan Maha Pencipta.

Sabtu, 15 Januari 2011

DARI KUALA KE GUA


Tahun lalu menghirup angin pantai, tahun ini menghirup angin bukit pula. Tahun baru 2011 telah melewati minggu yang ke 2. Dalam tempoh tersebut banyak peristiwa berlaku. Apa yang paling terkesan ialah perpindahan aku dari Kuala Rompin ke Gua Musang. banyak kos yang terpaksa ditanggung, spt kos lori dari rompin ke kuala krai kemudian dari kuala krai ke gua musang... pendahuluan wang rumah sewa, yuran sekolah anak & berbagai lagi dalam menghadapi penghidupan di tempat baru ..tambahan pula dgn kenaikan harga barangan semakin menghimpit keadaan.

SMK Tengku Indera Petra 1...destinasi seterusnya menyambut kehadiran aku pada 2.1.2011 dalam suasana hujan. Minggu pertama aku di tempat sekolah terpaksa menghadapi satu suasana yg berbeza dgn sekolah lama dulu, antaranya perbezaan jumlah guru dan pelajar yg ramai di sini.. aku terpaksa menyesuaikan diri & alhamdulillah setakat ini aku dapat melakukannya.

Minggu ke 2 sesi persekolahan. Semakin banyak aktiviti yang berjalan. Para pelajar kelihatan semakin sibuk. Aku seperti juga guru-guru lain sedang melaku banyak perancangan. apa yg penting aku mengingatkan diri sendiri agar aku terus dapat bekerja dgn baik & menabur sumbangan sebaiknya di negeri aku sendiri.