Jumaat, 20 Februari 2009

APRESIASI SENI


Kepentingan kritikan seni di Malaysia masih dianggap baru. Malah kemungkinan ada sesetengah pihak menganggapnya tidak penting. merenung seketika kurikulum yang diajar di sekolah. Menurut pensyarah seni UPSI Mohd Johari Abd Hamid, tidak ada secara serius bidang kritikan dimasukkan dalam mata pelajaran PSV di peringkat rendah & menengah, kalau adapun terpulang kepada inisiatif guru yang berkenaan. keadaan ini memberi kesan kepada kita di mana masyarakat kita akan terus buta seni dan kurang kesedaran seni. pelajar-pelajar kita terus pasif tak berani memberi pendapat atau tak tahu memberi pendapat.

Seni itu relatif dan subjektif. Tiada siapa yang betul dan paling hebat, kerana sudut pandangan kita berbeza-beza. Yang penting perlunya rasa hormat kita pada pandangan orang lain.

Sebab itulah tafsiranya berbeza-beza pada sesuatu karya. Ada yang nampak kotak, ada yang nampak ketak, ada yang nampak katak, ada yang apa pun tak nampak. Lukisan bukan sahaja untuk dinikmati dengan mata tapi untuk dirasa, biar hati yang buat kerja, di samping otak memberi bantuan.

Mentaliti kita berbeza-beza. Ada yang suka pada kecantikan semata-mata, ada yang suka pada kegigihan, ada yang suka pada tahap kreativiti, ada yang suka pada keberanian. Ada dinilai pada tenaga dan kos bahan dan ada menialai pengalaman. Maka karya seni tampak dirai dengan cara yang berbeza, tidak semuanya sama. Itulah cabarannya.

Seni tampak mungkin termasuk dalam golongan elit di Barat sana, di tanah air kita tidak ramai pelukis yang dianggap elit tahapnya kecuali beberapa nama spt Ibrahim Hussein (baru sahaja meninggal semalam 19/2/09), Syed Ahmad Jamal, Latif Mohiddin, sekadar menyebut beberapa nama. Yang lain elit mungkin cuma pada karya atau pada pengumpulnya.

Sayang masyarakat kita masih kurang kemampuan untuk menilai atau membuat apresiasi terhadap karya seni, kalau pandang pun cuma sekadar "ooohhh" "cantiknya" dan "ahhhh" sedangkan mendalaminya langsung tidak ada usaha. kenapa cantik lukisan tersebut, di mana hebatnya lukisan tersebut tidak dapat dipersoalkan.

Bukanlah memaksa mencinta seni, kerana cinta itu tidak boleh dipaksa meskipun ia buta. Tapi benih jika tidak dipupuk dengan baja yang betul akan terbantut tumbesarannya.

Hadirlah melihat pameran-pameran seni tampak jika berkesempatan, sebenarnya adalah satu langkah pemupukan yang bermakna. Pupuk diri kita, pupuk anak-anak kita hargai seni. Di mana Balai Seni Lukis negara?.. mungkin kitapun tak tahu.

Seni itu ada harganya, yang meletakkan harga itu adalah kita. Jika kita tidak menghargainya, maka cabuklah Monalisa karya Leonardo Da Vinci, berabuklah Kabuki Ibrahim Hussein. Pago-pago Latif Mohiddin akan setakat jadi hiasan dinding dan laman. Yang ada bakat akan terus berkarat. Karya yang dah dibuat akan reput berkulat.

2 ulasan:

  1. Masa kecik2 dulu bagi saya seni tidak penting. Saya anggap seni ini tidak boleh menyumbang apa2 kepada kemajuan negara.

    Tapi sekarang saya nampak pentingnya seni. Seni boleh memupuk pemikiran yang kreatif. Orang yang kreatif boleh hidup di semua boleh keadaan, boleh survive.

    Orang seni kreatif dalam menyelesaikan masalah. Orang seni adalah orang yang cool, orang dapat mengawal emosi dengan baik.

    Untuk memajukan negara, saya berpendapat seni tidak harus dipinggirkan seperti yang berlaku sekarang.

    BalasPadam
  2. Seni satu pelajaran yang pengajaran2nya disebut secara indirect kpd kita.. kita kena dalami bg mendptkan maksud yang tersirat..

    BalasPadam