Di Sunting dari : Harian Umum Pikiran Rakyat 10 Oktober 2003
ANDA pasti Kenal salah satu bangunan monumen yang mempunyai sejarah yang cukup panjang, iaitu Istana Alhambra. Alhambra dalam bahasa Arabnya hamra' bentuk jamak dari kata ahmar yang bererti "merah". Kerana bangunannya banyak dihiasi dengan jubin-jubin, bata-bata berwarna merah, serta penghias dinding yang agak kemerah-merahan dengan seramik yang berkonsepkan seni Islam, di samping marmar-marmar yang putih dan indah. Ada pula yang berpendapat bahwa Alhambra dinamakan demikian kerana diambil dari seorang jurubinanya iaitu Al-Ahmar. Hingga saat ini bangunan yang bernilai tinggi seni arkitektur ini memperlihatkan peradaban tinggi orang-orang Islam di zaman dulu. Istana ini berada di bukit La Sabica, masih tetap berdiri sebagai bukti kejayaan Islam di Granada Spanyol.
Istana Alhambra didirikan oleh kerajaan Bani Ahmar atau bangsa Moor (Moria) (bangsa yang berasal dari daerah Afrika Utara), satu kerajaan Islam terakhir yang berkuasa di Andalusia sekarang Spanyol. Kerajaan ini adalah Daulat Bani Ahmar yang berkuasa antara 1232-1492 M, didirikan oleh Sultan Muhammad bin Al-Ahmar atau Bani Nasr yang masih keturunan Sa'id bin Ubaidah, seorang sahabat Rasulullah saw. yang berasal dari suku Khazraj di Madinah. Bangunan Istana Alhambra dibangunkan antara tahun 1238 dan 1358 M oleh sultan tersebut yang diteruskan oleh keturunan raja-raja Bani Ahmar secara beransur-ansur.
Istana ini dilengkapi dengan taman mirta seperti pohon myrtuscommunis dan juga bunga-bunga yang indah harum semerbak, serta suasana yang nyaman. Kemudian, ada juga Hausyus Sibb (Taman Singa), taman yang dikelilingi oleh 128 tiang yang terbuat dari marmar. Di taman ini pula terdapat kolam air pancutan yang dihiasi dengan dua belas patung singa yang berbaris melingkar, di mana dari mulut patung singa-singa tersebut keluar air yang memancar setiap kali masuknya waktu solat. Satu keajaiban yang masih lagi dikaji oleh orang-orang Barat.
Hampir lapan abad lamanya Islam berkuasa di Spanyol, dari Kordoba hingga Granada adalah bukti nyata sebagai kejayaan Islam pada suatu masa dahulu serta peradaban tinggi di tanah Andalusia (Spanyol). Salah satu bukti adalah Istana Alhambra ini, satu bangunan yang telah berdiri hingga sekarang yang hampir lapan abad pula usianya masih tetap kukoh walaupun sebagian kecil ada yang sudah lenyap. Kemasyuran istana ini kerana daya pesona serta keindahan arkitekturnya yang sungguh luar biasa. (Marsudi Fitro Wibowo)
P'su,
BalasPadamNampaknya blog ini semakin canggih berbanding dengan blog Cikgu Sazili. Isinya bagus dan sangat menarik tentang seni. Teruskan menulis P'su. Insya Allah blog ini berpotensi menjadi medan penggemar Pendidikan Seni. Cuba ke blog simantanguru, itu peminat pendidikan seni juga tu.
Sir,
BalasPadamTerima kasih atas sokongan..
Ermm, saya berminat nak ke negara seperti Turki untuk melihat bangunan bersejarahnya. Bangunannya sangat cantik dan unik. Bila agaknya negara kita mempunyai bangunan yang beridentitikan Malaysia?
BalasPadamkita ada jg macam Hijaz Kasturi 2 salah sorang arkitek tersohor M'sia,tanya orang ambil seni bina dia orang tau..salah satu binaannya menara pucuk rebung Telekom
BalasPadam