Rabu, 30 September 2009

MASIH LAGI CERITA RAYA





Raya tahun ini agak berbeza dengan tahun2 sebelum ini. Cuma cabaran sebagai ibubapa makin bertambah lagi bila 3 orang anak makin membesar dan punyai karenah yang tersendiri. Tahun lepas anak2 pilih warna merah sebagai warna tema utk famili, tahun ni pula anak2 nak warna brown.


Anak2 buah pula semuanya sudah besar2 belaka dan ramai yg dah bekerja.. ibu bapa mereka agak lega sedikit sebab mendapat sumbangan dan bantuan dari anak2. persedian raya dapat dikongsi bersama ada yg beli lauk pauk, ada yang sediakan lemang, ada yg sponser satey, kek, kuih mueh, biskut dan sebagainya. Pendek kata makanan belambak lambak terhidang untuk tetamu datang. Alhamdulillah rezeki tuhan bagi.


Pagi raya pertama, seperti tahun2 sebelumnya kami akan beraya di belah keluarga saya di Kuala Krai. Kali ini di pagi raya, rumah riuh dengan telatah anak2 dan anak buah kami kerana mahu dipakaikan dengan pakaian baru. Mula dengan berebut untuk mandi pagi ..kecoh untuk sarapan dan berbagi bagi ahli nak naik kereta untuk ke masjid solat sunat Aidil Fitri.

Kami semua pergi solat raya di masjid Kuala Krai. Satu perkara yg x best.. di sebabkan dah lama x de kat kampong, masjid yg dulunya tempat kita kini terasa begitu asing kerana sepanjang pengamatan saya ramai yg tak di kenali di situ.. saya cuma sempat jumpa dua tiga orang saja yang di kenali yang lain macam orang luar saja tak kenal pun...

Selesai solat kami semua mengunjungi pusara ayahanda. Kemudian baru pulang kerumah untuk bermaaf maafan sesama ahli keluarga dan sesi bergambar serta melayani kunjungan tetamu, saudara mara dan sahabat handai. Menu di pagi raya ringkas saja beehon goreng, kue mueh, lemang dan nasi jer..


Raya ke 2 pagi2 lagi turun untuk beraya di rumah mertua di Tanah Merah. Takut jalan ’jam’ ..kemeriahannya hingga raya ke 4.. mengadakan hari keluarga di Tok Bali ..mengunjungi rumah sepupu di Machang dan di Bachok ..tak apalah, tak ada salahnya kita meraikan bulan Syawal ni dengan suasana seperti hari raya, saling kunjung mengunjung, ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan sesama kita. Kalau di bulan- bulan lain tu... bila kita berpelukan mintak maaf nampak lain macam pulak...nanti orang kata: "aik, buang tabiat ke dia ni... Begitulah al-kisahnnya cerita kami untuk dikongsikan..


Sabtu, 26 September 2009

KENANGAN AIDIL FITRI 1430 HIJRAH


Aidil Fitri 1430 Hijrah disambut dengan sederhana tapi penuh meriah oleh keluarga kami. Alhamdulillah ramai ahli keluarga dapat berkkumpul cuma keluarga abg sulong (Abg Lah), keluarga Kak Yah dan Keluarga Pak Lang yg tak dapar bersama pada harai raya ini..

Raya pertama di rumah bunda di Kg Tualang Kuala Krai..




malam raye membakar satay & anak2 bermain bunga api...


Di pagi raya menziarahi pusara ayahanda..


bersama anak2 buah Khairul Anuar dan Zulfadli...



bergambar bersama bunda tercinta, kakak2, abang dan anak2 sudara & cucu2 sedara...

Raya ke 2 ...bersama keluarga mertua & ipar duai sebelah isteri..





Raya ke 3 ...bersama keluarga Kak Yah di Pasir Mas.. raya tahun ni Kak Yah dapat 2 cucu baru
alhamdulillah ..tahniah kpd Na dan Anis..





Raya ke 4 ...Sambutan Hari Keluarga di Sri Aur, Tok Bali...


Ahad, 13 September 2009

SALAM AIDIL FITRI


Nampaknya Ramadhan sudah mula melabuhkan tirai untuk pergi meninggalkan kita & mengundang sinar Syawal kemilau tak berapa hari lagi. Dalam hiba untuk berpisah dengan Ramadhan keriangan sudah mulai terasa dan teruja untuk kembali ke pangkuan ayah bonda tercinta nun jauh di kampung halaman sana semakin mendetik detik untuk bertemu sanak saudara, adik abang, datuk nenek, pokcik ,mokcik , teman2, buah hati pengarang jantung serta kaum keluarga. Sememangnya begitulah amat ditunggu-tunggu sebab bukan senang untuk dapat bertemu & berkumpul bersama setelah lama tak berjumpa.

Apa-apa pun, dikesempatan ini saya dengan rendah hati & penuh keikhlasan menghulurkan sembah salam, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap kepada anda semua yg mengenali diri ini & yg sudi berkunjung ke blog sy ini. "SALAM AIDIL FITRI" selamat hari raya maaf zahir batin ..jg k
epada semua kawan2 semasa di SRKSYP, kawan2 di SMKSYP & SMKB, kawan2 IPM & YPM. kawan2 di IKN Rawang. Kawan2 di ASNB & PNB. Kawan2 serumah di Kg Baru, Mindelf, setapak, gombak, kawan2 serumah di Tg malim. Kawan2 di UPSI, di SMKSR.. para pelajar dan semuanya.

Kepada yg pulang ke Kg halaman selamat pergi dan balik ke kampung masing-masing. Hati-hatilah memandu di jalan raya. Semoga Ramadhan telah mendidik kita & Syawal tahun ni akan lebih meriah dan beerti.. Kita jumpa lepas cuti Raya nanti.

Isnin, 7 September 2009

SELAMAT MENDUDUKI UPSR ..ANAK KU



Tatkala aku menaip ni semasa aku berada di tempat kerja.. lepas ada kelas td, takde ape yang nak di coretkan jugak dalam blog nie.. cuma sengaja nak menggerakkan blog ini agar sentiasa update. ceritanya minggu lepas biase saje.. sesi bermonolog aje.. heheh nothing much!

Tapi hari ni sebenarnya hari penting bagi anak aku yg sulong. UPSR.!! sejak seminggu lepas aku menyarankan anak aku untuk berehatje (tempoh bertenang) jaga kesihatan, bykkan solat hajat tambahan pula bulan ramadhan ni elokle. aku tak benarkan dia terlalu stress & rasa tertekan dia nak ape saja aku sediakan.. tengok buku pun sekadar mengimbas kembali je serta buatlah latihan2 sekadar mampu.. cukuplah dgn persediaan yg ada tu. sbb masa skrng bukan utk study lg kalu nak study 8 bulan yg lepas.

So hari ni ayah ucapkan selamat berjuang..selamat memduduki peperiksaan kepada anak ku serta seluruh pelajar yg tahun 6 ..good luck!

Ahad, 6 September 2009

SUATU PETANG DI BULAN PUASA

Petang2 dalam bulan puasa gini selalunya terasa letih, tapi kalau tidur lagi le letihnya ..ndak tak ndak buatle kerja lain ..Lepas zohor tadi baca quran sekejap sementara tunggu asar, lepastu selain dari melayari internet aku ada juga sesekali pegi ke bandar melawat Bazar Ramadan yang mungkin sedang berlangsung dengan meriahnya.

Kalau kat kg petang2 begini aktiviti yg selalu aku buat aku suka round2 dengan kapcai, atau naik ke atas bukit tengok pemandangan, atau pegi lepak tepi sungai.



round2 naik kapcai ..



lihat pemandangan dari atas bukit..



lepak tengok pemandangan tepi sungai..

Pegi bazaar pun memang seronok & meriah tapi aku malas terpengaruh kerana sesekali dilihat lebih menjurus kepada pesta makanan yang melampau. Tak salah nak cari rezeki lebih dan tak di nafikan bazar Ramadan memberi kesenangan kepada mereka khasnya yang sibuk bekerja tetapi dalam masa yang sama penjualan dan pembelian makanan yang berlebihan adalah satu pembaziran.


kalau kat tempat aku makanan paling popular dalam bulan puasa ni ialah mutabak, nasi kerabu, dan berbagai kuih yg manis2.



Walau apepun kalau puasa tu jgn le ingat nak makan je!

Rabu, 2 September 2009

TRADISI YANG KIAN PUPUS



Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Diam tak diam dah seminggu lebih kita berpuasa buat sekian kalinya untuk tahun ini. Moga-moga pada tahun ini Ramadhan ini jadi Ramadhan yang terbaik untuk kita berbanding tahun-tahun yang berlalu.

Dalam bulan puasa ini satu tradisi yg aku rasa kian pupus adalah kad raya ..Biasanya kalau dah seminggu puasa ni aku akan sibuk mengirimkan kad2 raya pada kenalan sahabat handai atau saudara yg jauh. Maklumlah kena awal sikit baru dapat balasan sebelum raya tiba.

masa sekolah rendah dulu paling suka bab kad raya. salah satu kelebihanya kita boleh simpan @ buat hiasan & boleh dijadikan kenangan. Malah ada pula persaingan lawan dengan abang @ kakak siapa dapat kad raya lagi banyak.

Dulu dulu kad raya comel2 dan macam2 saiz. Tapi satu plastik tu ada le 5 keping. Siap dengan ucapan raya yang panjang kat dalam, ada untuk cikgu, ada untuk sahabat, ada untuk kekanda, bonda dan lain2. Gambar dia pun cantik, tak de macam sekarang ni terlampau banyak gambar kartun. Gambar yang popular time tu bunga ros, masjid, ketupat dan kucing. So, tiap2 kali bila bagi kad raya kat orang, mesti ada tulis pantun : Pecah kaca pecah gelas, Dah baca harap balas. Pecah kaca pecah tong, Sudah baca, sila gantung. Zaman bebudak, biasalah, pantun 2 kerat tu memang hafal sampai sekarang. Memang terasa sgt suasana tu sama ada kita di kg @ di perantauan.
Orang yang paling famous posmen. Semua berebut bila dengar loceng posmen. Dapat satu kad raya, heboh macam dapat hadiah. Happy sesangat.

sekarang ni, kad raya makin kurang. Budaya ni sudah pupus sbb peredaran zaman & kemajuan teknologi.. Semua orang lagi senang hantar sms. Laju dan last minute pun boleh. Tak de lagi kes kad raya tiba lepas raya. Walaupun tujuannya sama tapi bagi aku dia punya feeling lain. sbb aku rasa orang yg hantar tu mmg benar2 ikhlas ingat kat kita sbb sanggup bersusah payah hantar kad. kalau sms ni mungkin sekadar nak menghabiskan kredit atau cukup kuota je..

last sekali aku hantar kad raya tahun lepas, dalam 40 keping aku hantar. cuma 2 atau 3 saja yg balas. yg lain semua main sms. so thn ni aku rasa aku kena sms jg!