Sabtu, 15 Januari 2011

DARI KUALA KE GUA


Tahun lalu menghirup angin pantai, tahun ini menghirup angin bukit pula. Tahun baru 2011 telah melewati minggu yang ke 2. Dalam tempoh tersebut banyak peristiwa berlaku. Apa yang paling terkesan ialah perpindahan aku dari Kuala Rompin ke Gua Musang. banyak kos yang terpaksa ditanggung, spt kos lori dari rompin ke kuala krai kemudian dari kuala krai ke gua musang... pendahuluan wang rumah sewa, yuran sekolah anak & berbagai lagi dalam menghadapi penghidupan di tempat baru ..tambahan pula dgn kenaikan harga barangan semakin menghimpit keadaan.

SMK Tengku Indera Petra 1...destinasi seterusnya menyambut kehadiran aku pada 2.1.2011 dalam suasana hujan. Minggu pertama aku di tempat sekolah terpaksa menghadapi satu suasana yg berbeza dgn sekolah lama dulu, antaranya perbezaan jumlah guru dan pelajar yg ramai di sini.. aku terpaksa menyesuaikan diri & alhamdulillah setakat ini aku dapat melakukannya.

Minggu ke 2 sesi persekolahan. Semakin banyak aktiviti yang berjalan. Para pelajar kelihatan semakin sibuk. Aku seperti juga guru-guru lain sedang melaku banyak perancangan. apa yg penting aku mengingatkan diri sendiri agar aku terus dapat bekerja dgn baik & menabur sumbangan sebaiknya di negeri aku sendiri.

1 ulasan:

  1. Salam P'su,

    Maaflah hari ini baru dapat singgah ke blog p'su, mungkin kerana sibuk dengan hal-hal lain. Walau bagaimana pun tahniah kerana dapat balik ke negeri sendiri. Orang kata hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih berbaloi di negeri sendiri. Lagi pun negeri sendiri sudah ada dinar emaskan? Biasalah tu p'su sedikit cabaran menghantuk keselesaan bagi orang yang berpindah. Hanya perlu bersabar dan cekap uruskan konflik yang timbul. Insya Allah akan cepat selesai. Sebab tu p'su orang tua-tua kata 40 kali pindah papa. P'su baru sekali! Selamat bertugas di tempat baru p'su. Seri Rompin tak akan lupa jasamu di sini! Hidup p'su!! (macam laungan UMNo je bbunyi!!)

    BalasPadam