Rabu, 12 Ogos 2009

MENCARI KEBERKATAN


Sempena menyambut bulan yg mulia saya ingin mengingatkan semua termasuk diri sendiri agar lebih pemurah & ikhlas.. saya juga cuba untuk membaiki diri kerana kekadang dlm masa memberi saya masih terasa tidak ikhlas.. sehinggalah Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: " Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah."Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm50 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar
alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Kalu beli atau buat makanan lebih berikan sedikit pada orang sebelah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu ketika ada masanya saya ditimpa malang seperti kehilangan duit, terpaksa membayar barangan yg tak perlu dgn harga yg mahal kerana dipedaya oleh penjual, kereta rosak, dalam masa yang sama kena saman dan ada saja perkara yg berlaku yg membuatkan duit terpaksa dihabiskan ...Saya berfikir sejenak, mungkin Allah nak pesan agar saya memberi sedikit harta yang Allah berikan kat saya ..memang kebelakangan ini agak lama dah saya tidak bersedekah.

Tapi kita kena ingat. Rezeki murah tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki murah nie .. makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka. Dan saya lihat sendiri kehidupan mak saya yg sudah lanjut usia. Setelah ketiadaan arwah ayah mak tidak bekerja seperti dulu lg.. dia hanya mengajar Quran sahaja. Di kg mengajar mengaji Quran tak dikenakan bayaran pun ..Cuma ehsan dari anak murid sahaja ada yg bagi gula, ada bagi susu serba sedikit. Tapi rasanya dgn tak bekerja mak tak pernah takde duit ..rezekinya takpernah putus..

1 ulasan:

  1. Salam
    Itulah yang dikatakan...
    memperoleh keberkatan...sangat setuju.

    BalasPadam