Rabu, 12 Ogos 2009

7 HARI MENJALANI KUARANTIN


SMK Seri Rompin ditutup bermula semalam pukul 1.00 petang 11 Ogos 2009 (Selasa) sehingga pukul 1.00 petang 18 Ogos 2009 (Selasa). di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit kerana tiga orang pelajar disahkan positif Influenza A H1N1 oleh Jabatan Kesihatan Rompin.

Oleh kerana penutupan itu, semua pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah diarah dikuarantin di rumah masing-masing. Tapi hari ni kerana dah boring di rumah saya cuba menelefon kawan2, ape yg didapati antaranya dah ramai balik Kg..
Dah kena kaurantin pun boleh balik kg, mentang2 cuti 7 hari ada yg balik ke Kelantan dan Terengganu malah ke Johor atau Kolumpo, saya rasa itu satu tindakan yang tidak bertanggung jawab dan melanggar peraturan selain mengambil kesempatan. pada pendapat saya walaupun kita sihat sebenarnya kita tidak boleh sewenang wenangnya untuk ke mana2.

Ini adalah wabak maut, perkara yg melibatkan nyawa, sebab itulah wabak ini sukar dibendung kerana masih ramai yng tidak dapat mengikut arahan. Spt hari minggu yg lepas sy ke Kuantan dlm pengamatann sy masih ramai yg keluar tanpa memakai topeng.. mungkin dlm 30% saja yg pakai, sedangkan kita tahu wabak tersebut telah menular dan mengancam beberapa nyawa di sana. Mungkin kita tidak merasa serius kerana tidak melibatkan kita atau ahli keluarga kita @ kita masih selamat.

Saya sarankan agar semuanya lebih bertanggung jawab, lebih berhati hati & lebih berdisiplin, jaga kesihatan dan patuhi nasihat dari pihak berkaitan. Maaf cakap!! time umum cuti nampaknya cikgu pula yg melompat keriangan.

1 ulasan:

  1. Salam...
    Kalaulah semua orang bertanggungjawab...sedar...ia mungkin terkawal...tapi manusia penuh dengan naluri dan kehendak...Kita Tawakkal ek.
    Minta Allah jauhkan bala yang lebih dahsyat...

    BalasPadam