Sabtu, 27 Jun 2009

KEMATIAN JACKSON GEMPARKAN PEMINAT



LOS ANGELES 26 Jun 2009 – Kematian Raja pop, Michael Jackson, diratapi peminat industri hiburan di seluruh dunia yang terkejut dengan pemergian penghibur serba boleh itu.

DIRINYA akan terus dikenang sebagai penghibur memiliki bakat luar biasa. Dia melewati kehidupan yang tragis, diasak tekanan populariti ketika zaman kecil namun akhir hidupnya dilingkari kontroversi gara-gara berkelakuan aneh serta didakwa melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Michael Jackson membentuk legasi seni yang unggul hingga dilabel peminat sebagai Raja Pop, melakar kejayaan menerusi lagu popular seperti Beat It dan Thriller – semua itu tinggal kenangan yang diharap membayangi kisah peribadinya yang memusnahkan reputasi ketika akhir hayatnya.


Mengimbas perjalanan seninya seakan memutarkan semula rakaman kehebatan seorang insan yang mampu mencipta histeria di mana saja kakinya melangkah.
(B.HARIAN)


Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Rabu, 24 Jun 2009

SENI ARCA




Arca berasal dari perkataan ‘Sculpere’ (Yunani) membawa makna, mengukir, menebuk, memotong, melarik dan sebagainya.(gaunt 1966)
The ancient defenition of sculpture are also included the modeling of such pliable materials as clay or wax, to produce figures in relief or in the round.
Greek developd an ideal standard for the sculptured human form that was considered the perfect- physical organization- harmonious, balanced and totally related in all part.
“Sculpture is an art of palpation, an art that give satisfaction in the touching and handling of an object”. (
Herbert)

Seni arca adalah merupakan salah satu cabang dari bidang seni halus. Ianya berbeza dengan cabang cabang seni halus lain seperti lukisan atau catan kerana ianya berbentu 3D. Tetapi bagi kita masyarakat Malaysia seni arca tidak begitu mendapat perhatian kerana seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru dari segi penglibatan pengarca berbanding dengan catan.
Arca di Malaysia rata-ratanya hanya diguna pakai bersempena tema tertentu seperti Laman Asia, Arca di bangunan perniagaan dan sebagainya. Seni arca masih belum diketengahkan dan dilibatkan secara serius. Pameran bagi pengarca tempatan jarang diadakan berbanding diluar negara seni arca dan catan berkembang seiring. Masalah ini terjadi berkemungkinan kebanyakan arca yang dihasilkan mempunyai kelemahan seperti penguasaan tenik, bahan dan permasalahan bentuk itu sendiri.
Tetapi dalam pengamatan saya, pengarca di Malaysia kini sudah matang dari segi idea dan pengubahan media yang digunakan. Permasalahan yang utama yang saya lihat, seni arca masih belum dapat diterima oleh masyarakat Malaysia itu sendiri. Hanya segelintir sahaja yang memahami seni dan menerimanya. Ia berkemungkinan besar disebabkan faktor budaya dan agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Anggapan mereka barangkali arca dikaitkan dengan berhala yang sememangnya dilarang dalam agama Islam itu sendiri.
Walhal, karya seni arca di Malaysia kini dihasilkan mempunyai sebab-sebab tertentu. Banyak contok-contoh karya seni arca di Malaysia yang dapat kita lihat di merata tempat seperti di galeri-galeri dan sebagainya. Kebanyakan arca yang dihasilkan berkenaan dengan kebudaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Ini kerana masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Kita bertuah kerana kita mempunyai masyarakat yang pelbagai yang membolehkan kita berkongsi budaya sesame sendiri. Ini menjadikan seni arca dan catan khususnya dapat dimartabatkan dengan penglibatan pengarca yang mempunyai latar-belakang yang pelbagai.

Selasa, 2 Jun 2009

KURSUS BINA NEGARA


28hb Mei hingga 1hb Jun 2009 kursus BTN di Kem Bina Negara Bukit Sagu..best sangat sebab kem tu kat atas bukit, depan kem tu ada pemandangan bukit batu kapur yg menakjubkan (Bukitnya mengingatkan masa kat Temple Park)

Urusetia sporting, tempat penginapan pun selesa...toilet bersih dan xterputus bekalan airnya... kawasannya cantik sebab dalam hutan...tepi bukit...paling menarik sekali adalah pemandangan waktu pagi sebab waktu tu kawasan kem diliputi oleh kabus..peserta bebas utk wat LDK sama ada dalam bilik yg disediakan ataupun wat secara outdoor..tiap petang kawat xleh tinggal sebab urusetia yg jadi jurulatih aktiviti outdoor tu suka sangat kawat, tegas semacam maklumlah bekas askar .. disiplin memang kena jaga kalau tidak time tu juga kena sembur.


Ingat pada hari last tu, dah lepas exam, sementara tunggu majlis penutup je masing2 dah ghairah nak balik agaknya.. adalah sorang dua lupa plk peraturan sambil borak2 lepak hisap rokok di sebelah dewan.. tengah best borak sekali KJ nampak terus situ jugak kena marah sebab tak hisap rokok di tempat yang di tetapkan.. malu dah tua2 ni kena marah.. ape boleh buat minta maaf je la! tercalar juga imej kita kat situ.. tapikan kita insan biasa x lepas dari kesilapan kita sering alpa, sebab dah ghairah nak balik maklumlah.


Tentang modul lak, sebelum exam, diaorg akan bagi nota tapi ambik balik nota pandai2lahulangkaji.. tapi ari peksa lak...alat tulis pon disediakan..pendek kata kita cuma perlu bersedia dari segi mental dan fizikal..jangan anggap BTN nih program 'brain wash' walaupon lebih kurang camtu..anggap je masa BTN ni sebagai masa kita tambah ilmu yg kita xtahu dan mantapkan ilmu yg mmg kita dah tahu..BTN adalah masa yg baik utk kita berehat dari tugas seharian kita.


Aktiviti yang paling best adalah KEMBARA, meredah hutan di sekitar kem Bukit Sagu. Tapi sekejap je x puas. sempatlah redah paya masuk lumpur, main air sungai, redah denai dan hutan, panjat bukit dan tebing serta lurah. Dapatlah mengimbau kembali zaman kanak2 kita.. dapat menikmati keindahan alam, keunikan hutan di negara kita, menghayati keperitan dan kesusahan zaman orang2 tua kita dulu yg serba kekurangan bagaimana mana mereka hidup.

Isnin, 18 Mei 2009

HARI DAN INGATAN


Setiap hari adalah hari istimewa

Selain beberapa perayaan, sepanjang Mei ini banyak sungguh hari-hari istimewa yang kita raikan. Jika kebetulan hari lahir jatuh pun pada Mei, jika tarikh perkahwinan pun dalam bulan Mei.. maka bertambahlah hari yg kita akan raikan. Selain dari Hari Pekerja antara hari lain yang kita raikan ialah Hari Ibu, Hari Jururawat, hari Guru dan Hari Belia, Hari Seniman dan kemudian, Hari Bapa dan berbagai hari lagi akan muncul pula pada Jun nanti.

Bukanlah penting sangat hari-hari yang diberi itu, tetapi sekurangnya apabila tiba hari yang tertentu itu, kita akan mengakui kewujudan mereka itu. Jika pada Hari Ibu kita teringatkan ibu kita. Teringatkan pengorbanannya, susahnya dia melahirkan kita. Payah juga dia hendak membesarkan kita dengan pelbagai kerenah.

Dan pada Hari Jururawat pula kita teringatkan jururawat yang pernah membasuh luka kita. Tenang saja rupa parasnya. Teringat jururawat yang pernah mencucukkan jarum suntikan ke tubuh kita dan sabarnya dia melayan pesakit tua, muda, pesakit tegar dan pesakit yang luar biasa kronik.

Semestinya apabila tiba Hari Guru, kita teringat pada guru, terutamanya guru sekolah rendah yang telah mengasuh kita, mengajar kita mengenal huruf. Mengajar kita mengira dan belajar berbahasa dengan baik. Jika tidak entah jadi apalah kita sekarang.

Bagaimanapun bagi saya, semua hari adalah hari yang istimewa. Saya tidak ada hari yang spesifik. Setiap hari saya raikan semuanya. Fikiran kita lebih terbuka dan menerima semua yang ada di keliling kita dengan istimewa setiap hari. Bukan bermakna bila tiba Hari Ibu, baru ingatan terhadap ibu itu muncul. Bukan bermakna bila tiba Hari Guru atau Hari Jururawat, barulah kewujudan guru atau jururawat itu dirasai... tidak.

Ape yang lebih penting sebenarnya dalam banyak-banyak hari, apakah kita ingat pada hari mati? Adakah selalu kita mengenang hari mati yang entah bila akan muncul itu. Jangan-jangan cukup bulan ini, atau dua bulan atau dua tahun lagi? Atau jangan-jangan lima minit dari sekarang.

Sesungguhnya tidak rugi jika kita mengingati hari mati. Untuk itu kita akan sentiasa berbuat kebaikan, saling hormat-menghormati, tidak melakukan dosa dan khianat, tidak menyakiti hati orang lain, tidak akan tinggalkan solat dan akan terus membuat bermacam-macam perkara kebaikan

Isnin, 11 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU


Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan "Selamat Hari Ibu" sebab aku tak sempat mengucapkannya pada tarikh sebenar kerana aku demam sehari 2 lepas. Tapi bagi ku hari-hari adalah hari ibu, kerana setiap hari ibu akan sentiasa menjaga kita, mengambil berat tentang kita, menjaga makan minum kita, mendoakan kita dan segalanya. Penghormatan 10hb Mei adalah sebagai memberi penghargaan terhadap pengorbanan ibu meliputi seumur hidup ibu sebenarnya.


Ibu, semasa kita kecil tangungjawabnya tak pernah di abaikan dan kini walaupun kita sudah dewasa ibu tetap seperti dulu, pengorbanannya ada sahaja untuk kita.. walaupun kita sudah bekerja, sudah ada keluarga sendiri tapi ibu masih mengambil berat tentang kita dan sentiasa bersedia membantu kita walau apa dalam keadaan sekalipun.


2 minggu lepas ibu baru bertandang ke rumah aku, menemani anak2 dan isteriku kerana aku menghadiri kursus selama 2 minggu. Sekarang ibu ke rumah abang pula menemani cucunya kerana abangku ke Mekah menunaikan Umrah.. itulah ibu tanpa penat lelah masih memberi khidmatnya pada anak cucu.


Terima kasih Ibu jasa mu tidak terbalas. walau aku cuba memberi seribu kebaikan kepada mu namun masih kurasakan belum memadai kerana kasih ibu berib- ribu . Juga terima kasih kepada isteriku ibu kepada anak2 ku 'Selamat Hari Ibu'.

Isnin, 4 Mei 2009

SERONOK REMPIT



Selasa, 05 Mei 2009.

AMPANG: Golongan mat rempit di negara ini 'dilahirkan' seawal umur sembilan tahun berikutan sikap ibu bapa membiarkan anak masih bersekolah rendah, menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.

SEKS di atas motosikal. Suatu yang pelik dan agak mustahil, tetapi bagi sesetengah pelumba motosikal haram atau mat rempit, itu perkara biasa bahkan menjadi kebanggaan kerana ia melambangkan kehebatan sesama mereka.

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mahukan Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gejala mat rempit dan perlumbaan motosikal haram.

KUANTAN: Sekumpulan mat rempit di bandar ini berlagak samseng kerana sanggup membelasah sehingga mati seorang lelaki yang kebetulan baru tiba di bandar ini selepas baru mendapat pekerjaan dalam kejadian di Taman Esplanade, di sini, awal pagi Jumaat lalu.

IPOH: Seramai 41 mat rempit beserta pemboncengnya yang sebahagian besar berusia awal 20-an, ditahan dalam operasi bersepadu Cegah Jenayah dan Lumba Haram membabitkan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), aw
al pagi semalam.

BERMULA 1 Mei lalu, polis melancarkan operasi bersepadu secara besar-besaran untuk menangani kegiatan lumba haram dan jenayah membabitkan pengguna motosikal. Operasi itu bakal berlangsung selama tiga bulan. Sama-sama kita membantu pihak polis agar usaha ini dapat mengurangkan gejala lumba haram

Sumber : Berita Harian.


Silap siapa.? kalau ikut salah diri sendiri.. Sudah remaja dah besar boleh fikir sendiri baik buruknya. Rasanya tak ada ibu bapa yang minta anak2nya merempit. Takde guru2 yang ajar pelajarnya merempit. Memang salah sendirilah.. mereka yang pilih sedemikian.

Sikap orang kita selalunya x nampak silap sendiri ini kerana kurang muhasabah diri.. jadi dia x tahu yg dibuat samada betul @ salah, merugikan @ menguntungkan.. Perkara yg salah selalu dicover dengan yg baik jd nampak baik lah kononnya tapi kena ingat (matlamat @ niat tak menghalalkan cara) contohnya merempit terang-terang salah tapi dicover kononnya untuk ronda2 makan angin jumpa kawan2 erat silaturahim dan sebagainya.. nampak baik, memanglah baik daripada hisap dadah @ merompak..

Tapi dari sini lah bermulanya pergaulan bebas, pertaruhan & perjudian, pengedaran dadah, pezinaan, peras ugut, pergaduhan, mabuk dan bermacam kemungkaran yang kita tak terfikir. Merleret2, berangkai berkait menjadikan masalah yang lebih besar.

Kalau ikut sejarah merempit ni bermula dengan perkembangan kemajuan negara. Masyarakat @ rakyat Malaysia sudah mula mengecapi kesenangan hidup di kota dan di desa semuanya sudah moden. Semua orang boleh dikatakan sudah mampu memiliki kenderaan sendiri sekarang. Kalau dulu nak tengok orang yang pakai kereta @ motorsikal di tempat kita, mungkin boleh bilang 2 @ 3 orang saje, tapi sekarang kena cari orang yang x de kereta @ motorsikal pula dan adalah 2 @ 3 orang saje yg takde kerana betul2 miskin. Begitulah keadaannya. Masa dulu mana ada rempit2 ni sebab motor adalah kemudahan jd mereka menghargai ape yang ada.

Pada asasnya kenderaan digunakan untuk kemudahan pengangkutan kita untuk kesana sini. Untuk melaksanakan tugas dan memudahkan urusan dan sebagainya. Tapi bagi remaja sekarang menyalah gunakan kemudahan, kenderaan bagi mereka lain. Untuk bergaya, untuk menunjukkan kehebatan, untuk berpoya dan sebagainya. Cara memandu juga dengan berbahaya, membahayakan diri sendiri membahayakan orang lain.

Muhasabahlah diri sendiri.. Macam di sekolah sering kita dengar bila pelajar gagal mesti disalahkan guru kerana guru tak pandai, ajar tak bagus, guru pilih kasih dan macam2 semuanya salah guru. Tapi cuba kalau kita seorang pelajar yang bertanggung jawab, kita tidak akan pernah mengatakan kerana guru mengajar tak bagus, guru garang, tak fahamlah dan bagai-bagai lagi tapi jika gagal, itu adalah kesilapan kita sendiri yang malas, tak bagi tumpuan, tak minat kerana kita sendiri. Ape salahnya kata begitu. Kan senang cerita barulah ada keinsafan dari diri sendiri, barulah ada kesedaran untuk berubah.

Insaflah wahai remaja zaman sekarang.. jangan salahkan orang lain, jangan menunding jari mencari kesilapan orang lain kerana kemungkaran sendiri, bertaubatlah, hindarilah budaya ini. Dekatkanlah diri kepada agama, insaf dan sedarlah diri siapa kita & di mana kita.