Sabtu, 27 Jun 2009

KEMATIAN JACKSON GEMPARKAN PEMINAT



LOS ANGELES 26 Jun 2009 – Kematian Raja pop, Michael Jackson, diratapi peminat industri hiburan di seluruh dunia yang terkejut dengan pemergian penghibur serba boleh itu.

DIRINYA akan terus dikenang sebagai penghibur memiliki bakat luar biasa. Dia melewati kehidupan yang tragis, diasak tekanan populariti ketika zaman kecil namun akhir hidupnya dilingkari kontroversi gara-gara berkelakuan aneh serta didakwa melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Michael Jackson membentuk legasi seni yang unggul hingga dilabel peminat sebagai Raja Pop, melakar kejayaan menerusi lagu popular seperti Beat It dan Thriller – semua itu tinggal kenangan yang diharap membayangi kisah peribadinya yang memusnahkan reputasi ketika akhir hayatnya.


Mengimbas perjalanan seninya seakan memutarkan semula rakaman kehebatan seorang insan yang mampu mencipta histeria di mana saja kakinya melangkah.
(B.HARIAN)


Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan