Isnin, 4 Mei 2009

SERONOK REMPIT



Selasa, 05 Mei 2009.

AMPANG: Golongan mat rempit di negara ini 'dilahirkan' seawal umur sembilan tahun berikutan sikap ibu bapa membiarkan anak masih bersekolah rendah, menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.

SEKS di atas motosikal. Suatu yang pelik dan agak mustahil, tetapi bagi sesetengah pelumba motosikal haram atau mat rempit, itu perkara biasa bahkan menjadi kebanggaan kerana ia melambangkan kehebatan sesama mereka.

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mahukan Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gejala mat rempit dan perlumbaan motosikal haram.

KUANTAN: Sekumpulan mat rempit di bandar ini berlagak samseng kerana sanggup membelasah sehingga mati seorang lelaki yang kebetulan baru tiba di bandar ini selepas baru mendapat pekerjaan dalam kejadian di Taman Esplanade, di sini, awal pagi Jumaat lalu.

IPOH: Seramai 41 mat rempit beserta pemboncengnya yang sebahagian besar berusia awal 20-an, ditahan dalam operasi bersepadu Cegah Jenayah dan Lumba Haram membabitkan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), aw
al pagi semalam.

BERMULA 1 Mei lalu, polis melancarkan operasi bersepadu secara besar-besaran untuk menangani kegiatan lumba haram dan jenayah membabitkan pengguna motosikal. Operasi itu bakal berlangsung selama tiga bulan. Sama-sama kita membantu pihak polis agar usaha ini dapat mengurangkan gejala lumba haram

Sumber : Berita Harian.


Silap siapa.? kalau ikut salah diri sendiri.. Sudah remaja dah besar boleh fikir sendiri baik buruknya. Rasanya tak ada ibu bapa yang minta anak2nya merempit. Takde guru2 yang ajar pelajarnya merempit. Memang salah sendirilah.. mereka yang pilih sedemikian.

Sikap orang kita selalunya x nampak silap sendiri ini kerana kurang muhasabah diri.. jadi dia x tahu yg dibuat samada betul @ salah, merugikan @ menguntungkan.. Perkara yg salah selalu dicover dengan yg baik jd nampak baik lah kononnya tapi kena ingat (matlamat @ niat tak menghalalkan cara) contohnya merempit terang-terang salah tapi dicover kononnya untuk ronda2 makan angin jumpa kawan2 erat silaturahim dan sebagainya.. nampak baik, memanglah baik daripada hisap dadah @ merompak..

Tapi dari sini lah bermulanya pergaulan bebas, pertaruhan & perjudian, pengedaran dadah, pezinaan, peras ugut, pergaduhan, mabuk dan bermacam kemungkaran yang kita tak terfikir. Merleret2, berangkai berkait menjadikan masalah yang lebih besar.

Kalau ikut sejarah merempit ni bermula dengan perkembangan kemajuan negara. Masyarakat @ rakyat Malaysia sudah mula mengecapi kesenangan hidup di kota dan di desa semuanya sudah moden. Semua orang boleh dikatakan sudah mampu memiliki kenderaan sendiri sekarang. Kalau dulu nak tengok orang yang pakai kereta @ motorsikal di tempat kita, mungkin boleh bilang 2 @ 3 orang saje, tapi sekarang kena cari orang yang x de kereta @ motorsikal pula dan adalah 2 @ 3 orang saje yg takde kerana betul2 miskin. Begitulah keadaannya. Masa dulu mana ada rempit2 ni sebab motor adalah kemudahan jd mereka menghargai ape yang ada.

Pada asasnya kenderaan digunakan untuk kemudahan pengangkutan kita untuk kesana sini. Untuk melaksanakan tugas dan memudahkan urusan dan sebagainya. Tapi bagi remaja sekarang menyalah gunakan kemudahan, kenderaan bagi mereka lain. Untuk bergaya, untuk menunjukkan kehebatan, untuk berpoya dan sebagainya. Cara memandu juga dengan berbahaya, membahayakan diri sendiri membahayakan orang lain.

Muhasabahlah diri sendiri.. Macam di sekolah sering kita dengar bila pelajar gagal mesti disalahkan guru kerana guru tak pandai, ajar tak bagus, guru pilih kasih dan macam2 semuanya salah guru. Tapi cuba kalau kita seorang pelajar yang bertanggung jawab, kita tidak akan pernah mengatakan kerana guru mengajar tak bagus, guru garang, tak fahamlah dan bagai-bagai lagi tapi jika gagal, itu adalah kesilapan kita sendiri yang malas, tak bagi tumpuan, tak minat kerana kita sendiri. Ape salahnya kata begitu. Kan senang cerita barulah ada keinsafan dari diri sendiri, barulah ada kesedaran untuk berubah.

Insaflah wahai remaja zaman sekarang.. jangan salahkan orang lain, jangan menunding jari mencari kesilapan orang lain kerana kemungkaran sendiri, bertaubatlah, hindarilah budaya ini. Dekatkanlah diri kepada agama, insaf dan sedarlah diri siapa kita & di mana kita.



6 ulasan:

  1. P'su,
    Yang menghairankan saya:
    -Majoriti yang merempit, Melayu.
    -Saya cari di internet, tak ada remaja negara lain merempit mcm di negara kita. Yang ada,penggunaan motorsikal berkuasa besar.
    -kenapa mereka ninak tunjukkehebatan dgn merempit.Tak ada kehebatan lain ke nak ditunjuk?

    Mungkin nanti ada pula subjek baru di sekolah : "Sains Jalanraya"!

    BalasPadam
  2. Salam kunjung,
    T/kasih kerana sudi ke teratak kami... sudi-sudilah kiranya berkunjung lagi, tiada hidangan istimewa hanya sekadar merehatkan minda dengan tugasan harian.

    BalasPadam
  3. Psu oh Psu,

    Manalah kira line politik? saya bersama Menteri Pengangkutan Malaysia, majlis makan malam yang diundang untuk mendeklamasikan sajak bahasa Melayu saja. Kita kena utuhkan konsep "Satu Malaysia", maknanya majlis makan malam komuniti Cina yang mempersembahkan sajak Melayu adalah suatu integrasi kaum dan budaya yang positif.

    Teo

    BalasPadam
  4. Psu,
    Ada orang suka merempit kereta macam mana pulak psu ?

    BalasPadam
  5. merempit kereta tu.. macam sir lah pulak! tp dia punya level lain dr rempit motor...

    BalasPadam