Sabtu, 14 November 2009

MUSIM HUJAN SUDAH TIBA


Sekarang ni cuaca agak kurang baik.. maklumlah dah masuk pertengahan bulan 11. Ini menandakan musim tengkujuh tiba lagi. Tiap2 hari hujan, ..kalau x pagi sebelah petang dan selalunya sebelah petang hujan sering turun secara sekejap-kejap yang kadang-kala lebat.

Menurut ramalan cuaca gelombang kedua 2 akan melanda ..hujan dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula Ahad ini hingga Khamis depan.

Daerah yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, KUALA KRAI, Jeli dan Gua Musang, di Terengganu ialah di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang ialah di Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, hujan lebat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah berdekatan tebing sungai.

Jabatan itu menasihati orang awam supaya lebih berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa semasa tempoh hujan lebat itu.

"Orang awam juga diminta untuk mematuhi arahan berpindah oleh pihak berkuasa apabila diarah jika banjir berlaku di kawasan mereka atau jika keadaan memerlukan," katanya.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama) di mana angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Pahlawan bermula Ahad hingga Khamis.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut kenyataan itu. - Bernama.

aku berharap mudah mudahan perjalanan kami untuk pulang ke kg tidak akan tergendala akibat hujan atau banjir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan