Dah lama rasanya tak blogging. Semalam (Sabtu 14hb) saya cukup terharu apabila membaca berita pelajar terbaik SPM 2008 diumumkan. Bagaimana perjuangan pelajar Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, datangnya bukan dari keluarga yang senang malah merupakan anak seorang nelayan. Saya berharap berita ini sepatutnya perlu dibaca oleh semua pelajar agar dapat memberi keinsafan dan meransang semangat..
Kebetulah pelajar tersebut dari negeri asal saya dan kebetulan dari keluarga yang susah jadi sedikit sebanyak saya faham dengan kesusahan yang dilalui beliau. Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 20A. Terfikirkah kita bagaimana pelajar ini boleh mencipta satu kejayaan yang begitu hebat dalam kehidupan tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna. Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga.
Kehidupan tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna sebenarnya bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong untuk lebih berusaha dan mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.
Pengajaran kepada kita di sini walau dalam keadaan apa sekalipun tiada alasan bagi kita untuk melalukan yang terbaik. Gunalah apa saja yang seadanya disekeliling kita semanafaat yang boleh.
Saya teringat kepada pelajar2 sekarang rata2 datangnya dari keluarga senang dan ada segelintir sahaja dari keluarga yang susah. Apa yang menjadi terkilan mereka ini kebanyakan boleh dikatakan manja dalam erti kata lain tiada daya tahan, tak boleh susah sikit. Saya berkata begitu kenapa.. sebagai contoh setiap kali saya memberi arahan kepada pelajar untuk mencari maklumat atau menyiapkan tugasan maka setiap kali itulah akan keluar ayat2 spt ”susahnya cikgu.., mana boleh dapat cikgu.., mana nak cari..” & macam2 lagi yang cukup menyakitkan telinga saya mendengarnya.
Sebab apa.. kalau boleh mereka nak senang sahaja. Semuanya cikgu perlu sediakan dari P&P, ABM, BBM contoh dan sebagainya semua cikgu sediakan. Jadi.. cikgu je yang beria2 nak mengajar, pelajar? Minggu depan minta kerja tak siap.. alasan, apa yang cikgu minta susah nak dapat atau tak dapat nak cari, tak ada bahan dan macam2 alasan lagi. Minta saja beli buku rujukan yang harga dalam rm14.. ‘takde duitlah, mahallah, buat apelah’ ..tapi tengok handset kalah handset cikgu, tengok kasut sukan kalah kasut cikgu,
Bila nak gunakan duit untuk pembelajaran cukup bekira, tapi pernahkan mereka bekira untuk habiskan dengan membeli ‘topup’ contohnya, pernahkan bekira mereka habiskan di cc bermain komputer game. Dan setiap kali lepas exam cikgu perlu buat postmortem cari kelemahan dan langkah mengatasi. Cikgu buat program pemulihan dan macam2 lagi.
Itulah pelajar2 sekarang. Susah nak cakap. Saya ada anak yang bersekolah juga, ingatan kepada saya dan semua biarlah anak2 kita tahu erti susah. Biarkan lah mereka bersusah sedikit tak mengapa. Memang kita ibu bapa tak sanggup tengok anak susah. Ingat juga pepatah melayu ”bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian”, “Selalulah pandang ke bawah kalau kita di atas”. “Bila melihat bintang di langit jangan lupa rumput di bumi” & berbagai lagi. Jangan harap apa yang mereka nak semua mereka boleh dapat. Jangan sampai dengan kesenangan yang dikecapi akan melalaikan pelajar2 @ anak2 & kemudahan yg di nikmati disalah gunakan dan jangan pula tulisan ini disalah tafsirkan.
P'su,
BalasPadamSebenarnya ramai para pelajar kita masih membesarkan perkara yang kecil dan mengecilkan misi yang besar sebab itulah mereka sukar menjadi seperti Nik Nur Madhihah. Yang keduanya, fikiran awal yang terjelma di minda mereka dalam usaha mereka ialah "susah", "payah" dan "tidak bolehlah...". Kata inilah merupakan virus kepada perjuangan mereka.
sir..
BalasPadamsama2 lah kita berusaha memperbetulkan tanggapan mereka agar pewaris generasi kita merupakan mereka yang tidak lemah
Budok2 lening banyok nok main2 je terutama lelaki. Saya rasa mungkin masa kecik anak lelaki tidak diajar untuk membuat keje rumah. Jadi, mereka jadi malas sket n xdok rasa tanggungjawab. Jadi, kena bagi gok keje rumah kat anak lelaki. Biar dia basuh pinggan, sapu sampah.
BalasPadambetul 2 Lan.. masa kita dulu buat ape saja, nakal2 jg.. tp bila sampai satu tahap sy harap mereka sedar & akan lebih bertanggungjawab.
BalasPadamBetullah tu budak le ning. Tapi saya bbangga sgt ngan normardhihah ni,saya dulu belajar di Maahad Muhammdi (p) gak.. tapi tak la pandai sgt. Tapi dah menjadi tradisi sekolah ni pemantapan rohaninya kuat. Saya berbangga weh, lebih2 lagi ramai kenkawan saya yang kembali berbakti di SMU(A) TU...
BalasPadamCkg Rosnah xstudent Maahad rupanya..tq! wah, mesti banggakan..
BalasPadam