Isnin, 23 Ogos 2010

KAMERA DSLR


Dunia mengalami perubahan trend yang semakin maju. Teknologi digital menguasai setiap bidang, dan saya ingin menyentuh tentang salah satu alat teknologi yang mengalami perubahan pesat melalui dunia digital iaitu kamera ...

Kalau dahulu orang sibuk menggunakan kamera klasik pakai filem, bila timbul kamera digital orang mula selesa sbb boleh ambil gambar sesuka hati ..sebab tak payah beli filem. Kameranya pula murah mampu dibeli.

Sekarang manusia sudah gilakan DSLR (Digital Single Lens Reflex). Sebahagian besar orang sudah mampu memiliki kamera seperti itu atas sebab harganya yang semakin murah. Antara jenama kamera dslr yang kita tahu seperti Nikon dan Canon.

Soal harga, walaupun beribu-ribu, siapa kisah jika sudah berminat? Sebagai contoh perbandingan, senarai tiga nilai harga bagi tiga buah jenama utama kamera spt Canon (sekitar RM1800), Nikon (sekitar RM1600), Sony (sekitar RM 1600) Harga ini adalah harga biasa dengan peralatan standard, mungkin berbeza dengan harga promosi bila tiba nak raya (yelah, kalau murah mesti korang nak beli sebab nak tunjuk kat saudara mara).

Penggunaan kamera ini adalah sama seperti kamera digital biasa. Bezanya, korang diberi kebebasan yang lebih untuk bermain fokus dan menentukan kadar pencahayaan gambar. Hasil kualiti gambar juga sangat cantik, berbeza dengan kamera digital biasa. Menjadi satu ikutan, mungkin korang perasan dimana kebanyakan peminat fotografi lebih suka mengambil gambar pengantin dan model yang bercanda serta bergaya di tepi pantai, di taman bunga, di bawah pokok dan macam-macam tempat lagi. Soal cantik atau tak, bergantung kepada kekreatifan photographer itu sendiri.

Cerita cerita pasal kamera dslr ni sebenarnya aku pun baru sambar satu beberapa hari lepas.. lepas gian sebab memang dah lama aku idamkan kamera dslr ni... tapi mahal. Oleh kerana minat aku usahakan juga untuk dapatkanya.. jenis yang aku beli adalah Nikon D3000 kalau ikutkan ranking dslr inilah yang paling murah dan basic keluaran nikon bagi mereka yang baru berjinak jinak dengan bidang fotografi. setakat ni aku masih duk eksplore bagaimana untuk menggunakannya dengan baik.

3 ulasan:

  1. Salam Psu,

    Aku pun minat kamera macam tu..taapiii bukan keutamaan lagi untuk membelinya waktu ini.Insya Allah pencen nanti baru beli kot...sebab waktu tu kalau aku pergi ke eropah aku akan ambil gambar-gambar di sana, taman bunga, salji, macam-macamlah!Huhuhu..

    BalasPadam
  2. haih..teringin jugak menda alah ni..InsyaAllah cukup rezeki akan ku sambar juga satu.

    BalasPadam