Ahad, 7 Mac 2010

FACEBOOK HARI INI



antara gambar kenangan semasa darjah 6 hampir 30 thn lalu


Kebelakangan ini kita sering mendengar tentang ‘social networking’ atau penggunaan facebook yg hampir semua orang menggunakannya, di mana2 sahaja.

Antara manfaat dari facebook yang paling terasa bagi kita adalah untuk menambah teman dan menyabung silatulrahim. Kita tidak hanya dapat berhubungan teman sekolah, kuliah maupun teman kerja, tetapi juga berhubungan dengan orang-orang di kota lain bahkan dari negara lain…. Sejak saya mula melibatkan diri dgn facebook, dlm masa beberapa hari saja saya telah dpat bertemu semula dgn ramai kawan2 lama yg sudah 10 tahun lebih tidak jumpa atau terputus hubungan. Walaupun secara maya tapi nostalgia2 lama dpt membaur semula kenangan bersama teman2 lama, seolah2 baru seperti semalam kita berpisah.

Dan hari ini ..sebelum sy menulis blog ini sebenarnya sy baru saja dpt berbual di telefon dgn seorang kawan lama yg begitu rapat, kawan sepejabat sewaktu bertugas di ASNB Kuala Lumpur dulu. Kami terpisah begitu lama. kalau x silap dalam tahun 1996 beliau telah berpindah ke Penang dan thn 1998 aku pula balik ke Kelantan.. sejak itu kami telah terputus hubungan.

Beberapa hr sebelum ni sy bertemu dgn teman2 dari sekolah rendah yg hampir 30 tahun atau lebih x bertemu, sungguh menakjubkan. Dunia telah menjadi kecil dgn teknologi malah byk lg perkara yg x dijangkakan akan berlaku.


Saranan sy teknologi dibuat untuk memudahkan, bukan untuk membuat orang bingung dan leka. Jangan gunakan kemudahan ini untuk perkara yg memudaratkan. Jangan pula kerana facebook kerja2 lain terabai, anak2 terbiar, leka seharian melayan kerenah di alam cyber, alam nyata di tinggalkan. Kerja2 byk tertunggak dan sebagaiannya. Di Korea contohnya seorang anak kecil meninggal dua mati kebuluran kerana ibu bapa leka dgn komputer.

Yang paling penting adalah Silaturahim dpt dijalinkan. jgn pula jauh dpt didekatkan tp yg dekat pula x dihiraukan.. jiran sebelah pun x sempat nak tegok plk.. sanak saudara jgn di tinggalkan plk.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum sahabat,

    menerusi Blog Seni HarizIhsan saya menngenali ramai blogger.Diharap sahabat akan terus berkarya demi anak-anak bangsa kita dan agama.Nostalgia lalu memang amat bermakna. Antaranya KRQ dan dikir barat.

    BalasPadam
  2. salam.. aku begitu terharu setelah melihat lukisan2 hariz..di blognya.. teruskan usaha sememangnya ia dianugrahkan bakat yg besar.. jgn di persiakan bakat tersebut.. kelebihan yg dimiliki harus di jaga.. suatu hari nanti akan muncul spt pelukis hebat dunia yg terkenal spt Van gogh.. piccaso.. dan sebagainya

    BalasPadam
  3. Buat masa ini aku masih belum berminat ber-FB.

    Aku kian dapat melihat terlalu ramai yang semakin leka dengan FB masing-masing.Bimbang fokus kepada usaha memperkasakan kehidupan dan pendidikan anak-anak, keluarga dan masyarakat menjadi terabai: pemantauan buku sekolah anak mana? mengaji quran anak mana? solat jemaah dengan anak-anak mana? makan berjemaah dengan anak-anak mana? Banyak lagi rupanya yang perlu diberi tumpuan !

    Tapi aku yakin semua yang ber-FB mampu kawal diri dan memang ada masa untuk itu...itu tak ape !

    Awas...mengikut kajian, di Australia telah semakin ramai kes penceraian kerana FB ini.

    Lagipun kerja belajar aku, menuntut ilmu dan tugas-tugas terhadap kerjaya dan komuniti aku, masih terlalu banyak.....

    Namun kepada semua selamat ber-FB! Betul...jangan ada anak yang mati kelaparan sudah....!!

    BalasPadam
  4. SK SYP1 sedang dalam proses melahirkan web sekolah, setakat ini kami baru mempunyai blog. Itupun kurang ceria. Kami sedang mempertingkatkan blog kami dengan maklumat terkini dan sejarah lampau. Sebagai 'orang lama'. saya sangat berterima kasih jika cikgu sudi memberikan sedikit maklumat cikgu berkaitan SKSYP 1. Sejarah cikgu diSKSYP dan apa-apa yang cikgu rasa perlu dikongsi bersama. kalau boleh lampirkan gambar lagi bagus. Emailkan kepada syp1sk@gmail.com. Gambar kenangan cikgu dgn murid tahun 6 biru 1980 telah saya simpan dan insyaallah akan diupload dlm blog. Terima kasih. Saya boleh dihubungi di017-9683612 (Ishak).

    BalasPadam