Ahad, 29 November 2009

AIDILADHA & PEPERIKSAAN

Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada para pembaca, para sahabat handai khususnya yang beragama Islam di mana juga anda berada.

AidilAdha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S dalam mentaati perintah Allah SWT.

Umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S yang diperintah Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S bagi membuktikan kepatuhan baginda terhadap suruhan Allah SWT dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbanan teragung dalam sejarah manusia.

Walaupun banjir melanda beberapa negeri sejak minggu lepas terutama di Kelantan dan Terengganu, namun sambutan Aidiladha di negeri-negeri terbabit tetap meriah.



Saya juga mengucapkan Selamat menghadapi peperiksaan SPM & STPM bagi pelajar2 sekolah SMK Seri Rompin, Semoga dengan usaha dan berkat doa semua, SMK Seri Rompin akan berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang.
dan semua pelajar2 yg mengambilnya tahun ini, semuga semuanya mampu memberikan yang terbaik kepada masa depan sendiri, ibu bapa dan sekolah masing masing.


Ahad, 22 November 2009

CUTI AKHIR TAHUN DAN BANJIR



Cuti sekolah akhir tahun telah bermula. Hari Raya Aidil Adha pun dlm seminggu lagi bakal disambut. Semalam 21/11/09 aku memulakan perjalan dari kuala rompin untuk pulang ke kampung di Kuala Krai Kelantan, sempana cuti sekolah dan pulang berhari raya. Dalam keadaan cuaca yg hujan, aku mengharapkan agar perjalanan aku sekeluarga tidak tergendala oleh banjir. Sambil mendapatkan maklumat terkini tentang banjir dan jg bertanya dari pejabat polis kuantan, aku di nasihatkan untuk melalui jalan pesisir pantai bagi mengelakkan banjir dalam perjalanan.

Berdasarkan maklumat tersebut aku tidak melalui laluan biasa iaitu jln Jerangau – Jabor – Kuala Berang. Alhamdulillah perjalanan aku sekeluarga lancar, walaupun begitu perjalannya agak jauh dan memenatkan kerana melalui jln pesisir pantai dari Kuala Rompin – Pekan - Kuantan melalui Cherating, Kemaman, Paka, dungun, K Terengganu, Penarik, Saujana & masuk semula melalui Jertih, Pasir Putih terus ke Machang.

Di K. Terengganu, semalam keadaan banjir bertambah buruk apabila dilapurkan jumlah mangsa perpindahan bertambah dan banyak jalan mula ditutup. Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara Terengganu berkata keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan sehingga 5 petang ialah 338 orang daripada 83 keluarga. Kawasan 2 lain spt Di daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman mangsa banjir mula dipindahkan. Banjir juga melanda daerah Besut dan Setiu.

Menurut maklumat, sehingga petang ini, sebanyak 13 pusat pemindahan dibuka iaitu enam di Hulu Terengganu, Marang dan Dungun masing-masing (2) dan Kemaman (3). Enam jalan dinaiki air telah ditutup iaitu di Hulu Terengganu, Jalan Sungai Tong-Kuala Berang di Kampung Kepah ditenggelami air satu meter telah ditutup kepada kenderaan ringan.

Sememangnya Pantai timur dilanda banjir "gelombang kedua" apabila penduduk di Kuala Krai jg dilapor dipindahkan akibat limpahan Sungai Kelantan. Sungai Kelantan di Tualang, Tangga Krai di Kuala Krai, Kusial, Tanah Merah dan Tambatan Diraja juga dilaporkan air sudah melepasi paras berjaga jaga.

Cuaca di Kelantan petang itu mendung dengan sesekali hujan lebat dan keadaan itu dilaporkan akan berterusan sehingga minggu depan. Walaupun aku berjaya sampai ke Kelantan dgn selamat namun hasrat aku untuk balik ke kuala krai terpaksa di tangguhkan kerana setibanya di Sg Durian dlm jam 7 ptg kami terkandas jg akibat banjir. Jln Kota Bharu – Kuala Krai di Sg Durian tidak dapat di lalui oleh kenderaan ringan.

Biarpun tidak sampai 5km lg untuk sampai di rumah, namum kerana keadaan yg tidak mengizinkan aku terpaksa berpatah dan balik ke t merah pulang ke rumah mertua.

Isnin, 16 November 2009

USAHA BIAR LEBIH DARI ORANG LAIN

Saya masih ingat cerita seorang pakar motivasi, katanya ttg orang berlumba lari. Pelari yg mendapat no.1 dgn no.2 @ no.3 sebenarnya kadang2 x jauh manapun tinggalnya, kadang2 kena ditentukan dgn foto finish sbb perbezaanya terlalu hampir. tapi dari segi habuan yg mendapat no.1 lebih berkali ganda. itulah lebihnya jadi juara.

Ape yg cuba sy maksudkan di sini adalah berkaitan dgn usaha ..sebenarnya usahalah yg membezakan pelari no.1 dgn no.2 tadi. si juara cuma berusaha lebih sedikit maka dia dpt mengatasi si no.2. analogi ini bolehlah kita gunakan dlm kerja kita seharian. dlm kita belajar, dlm kita kerja & sebagainya.

sebagai contoh: Pastinya semua orang mengenali Jackie Chan- ikon Asia yang paling popular di mata dunia. Saya sendiri pun minat aksi-aksi dlm lakunannya. Tapi, tahukah anda, sebelum Jackie Chan popular, beliau berusaha untuk mempelajari Tae Kwando, Judo, Wing Chung dan seni mempertahankan diri yang lain selama 18 jam setiap hari?

Pernah dengar nama Lance Armstrong? Cancer survivor yang memenangi Tour De France berkali-kali. Tahukah anda selepas beliau pulih dari kanser, beliau hanya mempunyai 2 matlamat dalam hidupnya- iaitu memenangi Tour De France, dan membesarkan anaknya dengan sihat.

Setiap hari, dari pagi hingga malam, beliau berlatih untuk memenangi Tour De France dan tidak melakukan benda lain. Ditulis dalam bukunya "Anything else was secondary and an unnecessary distraction"

Dan siapa tidak mendapat inspirasi dari ratu squash Nicole David. Dalam laporan pernah mengatakan beliau berlatih lebih dari 8 jam setiap hari.

Lihat kembali kita sendiri. Sanggupkah kita mengikut jejak langkah ikon-ikon ini yang kesemuanya kini multi-millionaire? No short cut to success, tapi masih lagi ramai ingatkan boleh jadi kaya dengan cepat & mudah.

Sekiranya kita berusaha sederhana sahaja, maka hasilnya akan sederhana. Tetapi sekiranya kita sanggup berusaha lebih ..pada kadar yang luar biasa, maka, pulangan juga akan tetap luar biasa.

Orang kebiasaan bekerja sekitar 40-50 jam seminggu. Tahukan anda secara purata jutawan-jutawan bekerja lebih daripada 70 jam seminggu.

Tanya pada diri kita sendiri, sanggupkah kita berusaha lebih untuk memperolehi pulangan yang lebih?

Sabtu, 14 November 2009

MUSIM HUJAN SUDAH TIBA


Sekarang ni cuaca agak kurang baik.. maklumlah dah masuk pertengahan bulan 11. Ini menandakan musim tengkujuh tiba lagi. Tiap2 hari hujan, ..kalau x pagi sebelah petang dan selalunya sebelah petang hujan sering turun secara sekejap-kejap yang kadang-kala lebat.

Menurut ramalan cuaca gelombang kedua 2 akan melanda ..hujan dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula Ahad ini hingga Khamis depan.

Daerah yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, KUALA KRAI, Jeli dan Gua Musang, di Terengganu ialah di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang ialah di Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, hujan lebat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah berdekatan tebing sungai.

Jabatan itu menasihati orang awam supaya lebih berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa semasa tempoh hujan lebat itu.

"Orang awam juga diminta untuk mematuhi arahan berpindah oleh pihak berkuasa apabila diarah jika banjir berlaku di kawasan mereka atau jika keadaan memerlukan," katanya.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama) di mana angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Pahlawan bermula Ahad hingga Khamis.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut kenyataan itu. - Bernama.

aku berharap mudah mudahan perjalanan kami untuk pulang ke kg tidak akan tergendala akibat hujan atau banjir.

Rabu, 11 November 2009

BERHATI HATI

Berhati2 bagi pemandu kereta terutama wanita.. sila baca artikel di bawah : semasa sy berchating di facebook, kami bercerita ttg balik kg.. tiba2 masuk ler bab bawa kereta hingga lah kepada kes2 kecurian kereta kebelakangan ini dan apakah persedian kita sebagai pemilik kereta dan pengguna jalan raya. Kemudian teringatlah saya kepada artikel yg pernah saya baca minggu lepas tentang tektik terbaru atau dah lama tak pasti.. tapi inilah antara tektik mereka yg perlu kita ambil perhatian..

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah

Selasa, 10 November 2009




semasa mengadakan program anak angkat di kg sawah 1990
Kenangan semasa belajar di YPM Kuala Lumpur