Ahad, 22 November 2009

CUTI AKHIR TAHUN DAN BANJIR



Cuti sekolah akhir tahun telah bermula. Hari Raya Aidil Adha pun dlm seminggu lagi bakal disambut. Semalam 21/11/09 aku memulakan perjalan dari kuala rompin untuk pulang ke kampung di Kuala Krai Kelantan, sempana cuti sekolah dan pulang berhari raya. Dalam keadaan cuaca yg hujan, aku mengharapkan agar perjalanan aku sekeluarga tidak tergendala oleh banjir. Sambil mendapatkan maklumat terkini tentang banjir dan jg bertanya dari pejabat polis kuantan, aku di nasihatkan untuk melalui jalan pesisir pantai bagi mengelakkan banjir dalam perjalanan.

Berdasarkan maklumat tersebut aku tidak melalui laluan biasa iaitu jln Jerangau – Jabor – Kuala Berang. Alhamdulillah perjalanan aku sekeluarga lancar, walaupun begitu perjalannya agak jauh dan memenatkan kerana melalui jln pesisir pantai dari Kuala Rompin – Pekan - Kuantan melalui Cherating, Kemaman, Paka, dungun, K Terengganu, Penarik, Saujana & masuk semula melalui Jertih, Pasir Putih terus ke Machang.

Di K. Terengganu, semalam keadaan banjir bertambah buruk apabila dilapurkan jumlah mangsa perpindahan bertambah dan banyak jalan mula ditutup. Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara Terengganu berkata keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan sehingga 5 petang ialah 338 orang daripada 83 keluarga. Kawasan 2 lain spt Di daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman mangsa banjir mula dipindahkan. Banjir juga melanda daerah Besut dan Setiu.

Menurut maklumat, sehingga petang ini, sebanyak 13 pusat pemindahan dibuka iaitu enam di Hulu Terengganu, Marang dan Dungun masing-masing (2) dan Kemaman (3). Enam jalan dinaiki air telah ditutup iaitu di Hulu Terengganu, Jalan Sungai Tong-Kuala Berang di Kampung Kepah ditenggelami air satu meter telah ditutup kepada kenderaan ringan.

Sememangnya Pantai timur dilanda banjir "gelombang kedua" apabila penduduk di Kuala Krai jg dilapor dipindahkan akibat limpahan Sungai Kelantan. Sungai Kelantan di Tualang, Tangga Krai di Kuala Krai, Kusial, Tanah Merah dan Tambatan Diraja juga dilaporkan air sudah melepasi paras berjaga jaga.

Cuaca di Kelantan petang itu mendung dengan sesekali hujan lebat dan keadaan itu dilaporkan akan berterusan sehingga minggu depan. Walaupun aku berjaya sampai ke Kelantan dgn selamat namun hasrat aku untuk balik ke kuala krai terpaksa di tangguhkan kerana setibanya di Sg Durian dlm jam 7 ptg kami terkandas jg akibat banjir. Jln Kota Bharu – Kuala Krai di Sg Durian tidak dapat di lalui oleh kenderaan ringan.

Biarpun tidak sampai 5km lg untuk sampai di rumah, namum kerana keadaan yg tidak mengizinkan aku terpaksa berpatah dan balik ke t merah pulang ke rumah mertua.

1 ulasan:

  1. Semoga semuanya selamat...dan ianya berlalu dengan segera.InsyaAllah.

    BalasPadam