Isnin, 19 Oktober 2009

TEH TARIK ROTI CANAI & KEDAI MAMAK



Dah lama rasanya tak bloging. sibuk sikit sebab sebelum ni kena jag PMR. lepas tu tak berapa sihat sikit Hari ni baru ada peluang.

Buka internet buka facebook jumpa member lama dari KL teringatlah masa kat KL dulu. Kalau masa duduk KL dulu pekena teh tarik & roti canai kat kedai mamak adalah kebiasaan. Tapi kini jarang2 dah sebab kat sini kg takde kedai mamak, dan hari ini aku terbaca artikel yg berkaitan yg menarik perhatian aku.

2 kisah yang bakal di paparkan bukan tujuan untuk menutup periuk nasi @ mengaibkan sesiapa sekadar peringatan kepada mereka yg sering makan kat luar.

Kisah 1 - Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan yang lalu saya juga terperasan ketika tengah makan di salah satu kedai MAMAK depan apartment tempat saya tinggal di PUTRA PERDANA PUCHONG .. Saya ternampak salah sorang pekerja dalam kedai mamak buat kerja2 kat dapur dan tiba2 keluar dukung anak ANJING lepas kat luar kedai then masuk ke dapur balik.

Terus saya berhenti makan dan tanya pekerja tu.. You ISLAM? Dengan takut2 dia jawab saya Hindu tapi BOSS saya ISLAM. Saya suruh dia panggil BOSS dia and BOSS dia datang minta maaf. Saya cakap "maaf kepala hotak you!!!"

Saya tanya dia "you ISLAM???" Dia jawab ya! Saya bayar dan terus blah. Sejak hari tu aku dah tak jejak lagi ke kedai MAMAK! Yang aku marah sangat kat kedai tu ada frame Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar-besar. ...

Baru aku perasan tak semua MAMAK tu ISLAM, RAMAI PEKERJA HINDU dan tak semestinya ada Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar -besar tu HALAL .. dan RAMAI yang ISLAM selamber je makan... So yang tak perasan lagi berhati2 !!!......


Kisah 2- Ini satu lagi kisah benar pasal mamak ni. Ianya berlaku di PRECINT 9 , PUTRAJAYA dekat Avon .. Seorang makcik ni lalu belakang kedai mamak ni. Dia nampak mamak ni na la punye tengah menguli tepung. Kalau uli dengan tangan takpe jugak. Ini dia uli dengan KAKI!!. Eeee uwekkks. Kedai mamak kat situ ada 2. Satu pekerja2 dia pakai apron merah, satu kedai lagi apron putih . Yang makcik tu nampak ialah di kedai pekerja2 yang pakai apron putih.

Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan kebanyakan mamak ni pengotor. So sendiri mahu ingatlah ye. Seelok-eloknya elaklah makan di kedai yang diragui kehalalannya. Banyak lagi kedai melayu.. Kedai melayu pun ada jugak jual roti canai dan teh tarik.

Tidak semestinya mamak saje yg pengotor, kedai lain pun ada juga ..so tengok2 lah dulu sebelum oder makan tu, tinjau kat dapur @ bilik air chek line. Kalu tahap kebersihanya memuaskan silakan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan