Ahad, 8 Mac 2009

SIAPA IDOLA KITA


Siapa idola kita ? persoalan ini terutamanya di tujukan kepada pelajar dan remaja malah sesiapa saja. Dalam kehidupan kita mencari hala tuju untuk hidup, sudah semestinya kita memerlukan matlamat dan panduan. Apa yang kita cari sebenarnya. siapa yang perlu kita ikut untuk di jadikan idola sebagai panduan dan contoh kepada kita? Ibu bapa kita, guru kita, kawan kita, pemimpin, penyanyi, ahli sukan, ahli perniagaan, ahli politik atau siapa sahaja? Kita boleh memilih siapa sahaja untuk di jadikan idola kita. Tidak salah asalkan ianya dapat membantu memperbaiki diri dan memberi kebaikan kepada kita.

Saya ingin menarik perhatian pada remaja kita sekarang, contohnya pada tahun lepas di kuantan telah diadakan satu pesta yang melibatkan artis-artis dan selebriti terkenal sebagai idola. Dikatakan pesta tersebut telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat. Ini tidaklah menghairankan memandangkan ramai artis popular dan bintang sukan yang terlibat di dalam acara yang dijalankan.
Orang ramai dan para peminat berpusu-pusu menghadirkan diri, sudah tentunya tidak mahu melepaskan peluang untuk berinteraksi dengan artis yang selama ini menjadi idola mereka. Namun hakikatnya, disebalik ‘kejayaan’ penganjuran program tersebut, tidakkah kita tertanya-tanya sama ada menjadikan artis dan bintang sukan sebagai idola akan benar-benar dapat membina sahsiah para remaja Islam kita hari ini? Kejadian-keajadian tidak bermoral yang begitu banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini sudah tentu membimbangkan kita.

Hanya selang beberapa hari selepas pesta itui, sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Tetapi malangnya sambutan di kalangan muda mudi dan remaja terutamanya tidaklah sehebat sambutan yang dilakukan semasa pesta tersebut. Bukankah sewajarnya, pada hari itu atau hari sebelumnya dan hari-hari seterusnya, kita perlu menghayati rahmat yang telah Allah turunkan untuk alam semesta ini dengan memahami tujuan sebenar Rasulullah saw diutus kepada umat manusia.

Inilah idola yang sewajarnya dijadikan contoh oleh umat manusia, terutamanya para pemuda-pemudi yang merupakan harapan bangsa dalam mengembalikan kegemilangan Islam. Kesedaran yang lahir daripada kefahaman tersebut seharusnya membuatkan kita insaf terhadap apa yang berlaku kepada sebahagian besar kaum muslimin diseluruh dunia. Umat Islam di seluruh dunia pada masa ini sudah tidak lagi dianggap sebagai umat yang terbaik. Umat Islam hari ini sudah jauh ketinggalan di dalam banyak aspek kehidupan. Bahkan, di sesetengah negara, umat Islam berada didalam keadaan yang cukup hina.

Kita ambil sedikit masa renungkan seketika, siapakah idola kita? Apa yang kita perlukan bukanlah idola yang akan terus menjerumuskan kita, terutamanya para pemuda-pemudi kita ke lembah kekusutan, namun apa yang diperlukan adalah idola yang akan dapat mengembalikan kegemilangan dan keunggulan sebagai insan terbaik.

3 ulasan:

  1. Betul tu pok su, Rasulullah SAW lah idola yang terbaik.

    BalasPadam
  2. Pok Su,
    1)Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w manusia agung nan terpilih yang menjadi contoh teladan dan ikutan kepada ummat sekalian.

    2)Keagungannya tidaklah dapat saya samakan dengan mana-mana manusia yang menjadi idola di dunia ini, sama ada yang masih hidup maupun yang sudah mati.

    3)Kerana keagungan dan keistemewaan itu saya tidak memberikan gelaran idola kepaanya.. Barangkali Idola itu hanyalah gelaran untuk manusia biasa sahaja.

    4)Bagi saya, idola itu hanyalah istilah baru yang diambil daripada perkataan 'idol'. Asalnya perkataan idol itu digunakan oleh orang-orang barat sebagai gelaran kepada orang-orang yang popular dan menjadi 'kegilaan' orang ramai untuk meminati mereka. Biasanya mereka ini terdiri daripada penyanyi dan pelakon.

    5)Perkataan idol juga asalnya bermaksud 'patung'yang disembah.

    6) Tetapi oleh sebab bahasa itu berkembang dengan pantas, perkataan itu terserapk ke dalam bahasa kita, dan barangkali bertambahlah komponen maknanya selaras dengan maksud yang Pok Su dan Roslan gunakan.
    Boleh sahaja begitu, jika ia tidak mengelirukan.

    BalasPadam
  3. idol, idola , cuba buka kamus apa maknanya? Sesetengah ulama tidak membenarkan penggunaan perkataan idola.

    Wallahhuaklam

    BalasPadam