Rabu, 18 Mac 2009

BASIKAL UNTA





Catatan Zaman kanak-kanak 3

Terlalu banyak kisah untuk diceritakan waktu zaman kanak2 aku. Salah satu yang terlintas di fikiranku tentang aku belajar naik basikal. kerana berbasikal adalah begitu dekat dengan kehidupanku (zaman kanak2). Masa tu aku kenal basikal dan belajar naik basikal dengan “basikal unta” ayah.

Basikal tersebut sememangnya besar. Kalau bahasa kelate’ di sebut “ssika uto” @ “basikal unta” @ juga dipanggil “basikal jantan” sebab mempunyai palang atas & sesuai untuk lelaki sahaja, kalau ‘basikal betina’ tiada palang atas . Basikal tersebut dari jenama “Raleigh”(satu jenama yg terkenal masa tersebut) mengikut ceritanya basikal tersebut telah dihadiahkan oleh seorang guru berbangsa Inggeris kepada ayah kerana beliau tinggal berjiran dengan kami. Pada awal tahun 70-an ‘Mat Salleh’ tersebut telah pulang ke Eropah setelah tamat perkhidmatan di Malaysia. Oleh kerana telah akrab dengan keluarga kami beliau telah menghadiahkan sebuah basikal sebagai penghargaan dan kenangan. Masa tu kat kampung aku tak ramai orang yang mempunyai basikal dan basikal ayah merupakan satu2nya basikal Raleigh. Sejak itu senanglah ayah untuk kesana sini.


Banyak kali aku terjatuh semasa belajar mengayuh dan tak kurang juga terbabas @ hilang kawalan kerana maklum saja basikal tersebut besar dan susah untuk di kawal. Untuk mengayuh basikal tersebut aku terpaksa membuat aksi akrobatik, badan mesti dibengkokkan terslit masuk di antara palang atas. Satu tangan memegang handlle dan satu tangan terpaksa memegang palang basikal.


Setelah aku pandai berbasikal, makin luaslah langka ku. Habis ceruk kampung aku masuk, kehulu kehilir berbasikal berbaris di jalan. Pantang dengar je mak merungut barang dapur habis aku cepat2 volunteer untuk pergi membelinya di kedai, sebab boleh kayuh basikal.


Setelah bersekolah kawan-kawan ramai yang memiliki basikal. Masa tersebut amat terkenal dengan panggilan basikal mini. Sebab saiz basikalnya kecil berbanding dengan basikal Raleigh. Aku begitu teringin memiliki basikal tersebut, kalau tak dapat pun boleh kayuh pun jadilah.
Oleh kerana terlalu teringin mencuba basikal mini pada suatu malam semasa pulang dari masjid bersama seorang kawan menaiki basikal. Aku pun dah lupa basikal siapa yang aku pinjam. Masa tu aku sebagai pemboncing. Kawan aku sebenarnya masih kurang mahir berbasikal namum kerana ghairah kami sama2 melenjan basikal tersebut. Ketika menuruni bukit, kawanku telah hilang kawalan, basikal kami terhuyung hayang dan akhirnya kami terpelanting ke atas jalan.
Aku tidak mengalami kecederaan teruk, cuma tercalar pada bahagian tangan dan lutut sahaja dengan kain pelikat sedikit terkoyak. Tapi yang malang adalah kawanku tangannya cedera teruk di bahagian siku, terpaksa dibawa ke hospital pada malam tersebut juga dan mendapat beberapa jahitan.

Kini basikal Raleigh ayah tiada lagi, tak sempat diselamatkan kerana ditenggelami banjir beberapa kali. Namun kenangan berbasikal masih kekal dalam ingatan. Banyak kenangan bersama basikal tersebut. Setiap kali bersama kawan2 kadang2 kami berlumba, akulah yang menang sebab basikal aku laju mengalahkan basikal racing. Biarlah orang lain bangga dengan basikal baru mereka namun aku tetap berbangga dengan basikal unta ayahku.

6 ulasan:

  1. P'su,
    Mu tulis pasal basikal unta ni, teringat aku yang ayah aku dulu ada juga sebiji basikal unta ni. Kami panggil basikal jantan. Dulu ayah aku buat angkut padi atas carrier belakang tu. buat berulang ke sawah.

    Aku pernah melenjan basikal unta ayah aku, sempatlah rabit mulut kerana tak lepas koner baring terlanggar kawat duri. Rabit mulut aku...kalau tak ada misai sampai le ni nampak parutnya.....heh basikal unta !!

    BalasPadam
  2. di kedah basikal ni memang cukup popular dulu-dulu...dipanggil basikal tua...

    BalasPadam
  3. Salam buat Cikgu Khairi. Melalui blog cikgu Yusof, saya menjenguk blog cikgu. Harap diterima sebagai rakan blogger dan kaum kerabat guru.

    BalasPadam
  4. sir pun ada pengalaman ttg basikal unta jg uuh bestnya.. apa2 pun pengalaman mendewasakan kita

    BalasPadam
  5. ckgyusof
    terima kasih selamat datang

    mendewa
    ya.. basikal tua semua orang tahu.. kalu cakap gerek tua boleh?

    chehassan
    terima kasih selamat datang

    BalasPadam