Rabu, 8 April 2009

MENGHAYATI KARYA ABSTRAK


Bagaimana menghayati sesuatu karya yang berbentuk ekspresi dan abstrak. Bila kita melihat sesuatu karya ada antara kita memperkatakan tentang definisi atau pengertian karya tersebut malah ada juga yang tidak dapat mengatakan sesuatu kecuali tidak lebih dari mengatakan cantik atau tidak cantik sahaja.

Tajuk ini sengaja di sentuh kerana saya acap kali ditanya oleh kawan kawan dan pelajar dengan berbagai soalan yang berkaitan dalam menilai sesuatu karya terutama karya2 berbentuk abstrak. Antara soalannya seperti ”apa cantiknya lukisan itu”, ”Macam mana orang menilai karya itu”, ”macam mana lukisan macam ni boleh mahal” dan sebagainya.

Abstrak sering ditujukan kepada karya2 yang sukar ditafsirkan, dengan imej2 yang hebat yang sukar difahami, sapuan2 warna yang pelbagai dan kesan berus yang sepontan, yang lazimnya sering dihubungkan dengan nilai2 ekspresi pelukis.

Pada dasarnya kesemua karya seni lukis atau catan dikaitkan dengan aliran2 yang wujud dalam seni, Dan karya abstrak sebenarnya sering diarahkan pada aliran seni di eropah spt post impresionis, ekspresionis atau abstrak ekspresionis yang menentang kepada peniruan kepada alam secara total.

Apa yang penting dalam menghayati sesebuah karya seni abstrak kita sekurang kurangnya sedar wujudnya dua perkara terbesar di dalamnya iaitu aspek ’formalistik dan ikonografi’ ataupun ’bentuk dan isi’.

Aspek formalistik merangkumi elemen asas unsur seni dan prinsip dalam rekaan iaitu seperti warna, bentuk, rupa, garisan, ruang, keseimbangan, kepelbagaian, kontra, harmoni, pergerakan, komposisi, sapuan berus dan sebagainya berkaitan. Manakala aspek2 ikonografi atau maknanya pula iaitu dari segi sosiologi, psikologi, estetika, sejarah, perasaan, kepercayaan.

Penggunaan elemen2 warna yang dihasilkan, perspektif dan ruang, garisan lembut dan kasar, tebal dan halus yang membentuk pergerakan tertentu kesemuanya perlu di analisis dan diamati kerana elemen inilah yang akan mengupas makna yang tertentu dalam sesebuah karya. Lantaran itu pemahaman terhadap aspek aspek formal amat perlu dalam usaha kita mengenal atau menghasilkan karya karya seni.


Namun begitu kita perlu menyedari kelahiran sesebuah karya adalah dari celah2 kehidupan masyarakat. karya juga mempunyai nilai yg dapat dibaca dari struktur dalaman yg bersangkutan dengan organisasi dan motif2 yg berbeza. kita perlu menyedari tentang tujuan pelukis yg sememangnya bertujuan memaklumi, menyakinkan dan mempengaruhi manusia.


kesemuanya memerlukan kesungguhan, ketelitian dan teratur biarpun sekecil mana, kerana apa yang rakamkan pada kanvas itu sememangnya bukan saja2. Pengalaman2 sampingan menerusi pembacaan juga boleh membantu. Bila keperluan2 itu kita penuhi sedikit demi sedikit akan wujudlah suatu penghayatan seni yang segar.

3 ulasan:

  1. Oloh, saya org sains ni pak su. Susah sket nak faham seni. Memang buta seni terus. Kena blaja dgn pok su jugok.

    BalasPadam
  2. Lan susoh gaponya.. sama juga saya ore seni mungkin buta sains, tapi saya minat sains jg.. lebihnya bila kita orang seni ni selalunya tak pinggirkan ilmu2 lain sebab kita lebih peka & telah diasuh ilmu seni ada perkaitan dengan semua ilmu2 lain seperti Mate, Sains, Agama, Geog dan sebagainya.. tapi bila kita bukan orang seni selalunya akan meminggirkan ilmu seni.. kerana mungkin pikir tidak ada kaitan & kepentingan ya ke.. mungkin kot! tapi mungkin ya sebab tengok kat sekolah kita pun cam tu

    BalasPadam
  3. Sorry Lan, kata ke orang sains.. tapi biasanya kita ada multiple interligent.. mengikut teori kecerdasan.. kelebihan dan kekurangan seseorang bergantung kepada kecerdasan ini, ikut kajian kalau kita lebih pada sains @ mate kita akan lemah pada seni,sastera atau subjek kemanusiaan dan kalau kita lebih pada seni kita akan lemah pada mate @ subjek matematikel.. biasa la tu..

    BalasPadam