Ahad, 7 Mac 2010

FACEBOOK HARI INI



antara gambar kenangan semasa darjah 6 hampir 30 thn lalu


Kebelakangan ini kita sering mendengar tentang ‘social networking’ atau penggunaan facebook yg hampir semua orang menggunakannya, di mana2 sahaja.

Antara manfaat dari facebook yang paling terasa bagi kita adalah untuk menambah teman dan menyabung silatulrahim. Kita tidak hanya dapat berhubungan teman sekolah, kuliah maupun teman kerja, tetapi juga berhubungan dengan orang-orang di kota lain bahkan dari negara lain…. Sejak saya mula melibatkan diri dgn facebook, dlm masa beberapa hari saja saya telah dpat bertemu semula dgn ramai kawan2 lama yg sudah 10 tahun lebih tidak jumpa atau terputus hubungan. Walaupun secara maya tapi nostalgia2 lama dpt membaur semula kenangan bersama teman2 lama, seolah2 baru seperti semalam kita berpisah.

Dan hari ini ..sebelum sy menulis blog ini sebenarnya sy baru saja dpt berbual di telefon dgn seorang kawan lama yg begitu rapat, kawan sepejabat sewaktu bertugas di ASNB Kuala Lumpur dulu. Kami terpisah begitu lama. kalau x silap dalam tahun 1996 beliau telah berpindah ke Penang dan thn 1998 aku pula balik ke Kelantan.. sejak itu kami telah terputus hubungan.

Beberapa hr sebelum ni sy bertemu dgn teman2 dari sekolah rendah yg hampir 30 tahun atau lebih x bertemu, sungguh menakjubkan. Dunia telah menjadi kecil dgn teknologi malah byk lg perkara yg x dijangkakan akan berlaku.


Saranan sy teknologi dibuat untuk memudahkan, bukan untuk membuat orang bingung dan leka. Jangan gunakan kemudahan ini untuk perkara yg memudaratkan. Jangan pula kerana facebook kerja2 lain terabai, anak2 terbiar, leka seharian melayan kerenah di alam cyber, alam nyata di tinggalkan. Kerja2 byk tertunggak dan sebagaiannya. Di Korea contohnya seorang anak kecil meninggal dua mati kebuluran kerana ibu bapa leka dgn komputer.

Yang paling penting adalah Silaturahim dpt dijalinkan. jgn pula jauh dpt didekatkan tp yg dekat pula x dihiraukan.. jiran sebelah pun x sempat nak tegok plk.. sanak saudara jgn di tinggalkan plk.

Rabu, 24 Februari 2010

KELEBIHAN BERBAKTI KPD IBUBAPA



Sebagai seorang anak mengapa kita sering mengabaikan orang yg terlalu banyak berjasa kepada kita (ibubapa) dan bagi sang suami pula mengapa anak & isteri sering menjadi penghalang untuk kita terus menabur berbakti kepada ibubapa....



1. Kata Ibnu Abbas, dari Nabi s.a.w : Barangsiapa mengucup antara dua mata ibunya, adalah baginya dinding daripada api neraka.

2. Sabda Nabi s.s.w : Redha Allah adalah dalam redha bapa dan murka Allah itu dalam murka bapa, lebih-lebih lagi ibunya.

3. Barangsiapa meninggalkan berdoa untuk ibubapanya, maka sempitlah kehidupannya.

4. Sabda Nabi s.a.w : Berbaktilah kamu kepada kedua-dua ibubapa kamu, nescaya berbaktilah pula anak kamu kepada kamu. peliharalah oleh kamu perempuan orang lain dari kejahatan kamu, nescaya dipeliharakan perempuan kamu daripada kejahatan orang lain.

5. Tiada seorang lelaki yang mati dan ibubapanya tiada redha atasnya melainkan dikeluarkan rohnya oleh Allah dengan ketiadaan syahadah.

Selasa, 9 Februari 2010

DAYA IMAGINASI








Imaginasi adalah bayangan minda.

Setiap orang ada cara tersendiri ketika berimaginasi. Ada yang suka membayangkan gambar pegun, membayangkan sesuatu peristiwa seperti wayang gambar atau dalam bentuk video. Ada juga orang suka berimaginasi dalam bentuk pergerakan animasi – macam cerita katun yang kita selalu tengok kat tv.



Imaginasi berkaitan jg dgn keupayaan berfikir. dlm bidang seni daya imigasi yg kuat amat diperlukan. keupayaan seseorang menggunakan mindanya & daya imiginasi yg tinggi menentukan idea-idea yg lebih kreatif. Oleh itu jgn kata orang seni hanya tahu melukis sahaja.. melukis jg memerlukan otak, bg yg x minat seni sebenarnya x minat berfikir atau tak nak guna otak secara lebih effien.

Jika Anda sedang mencari-cari cara cemana nak menajamkan imaginasi, berikut adalah dua cara yang saya cadangkan untuk Anda:
bersambung.....

Yasin


Bismillahirrahmanir rahim dan Assalamualaikum warahmatullah.

Sekadar berkongsi dan sebagai peringatan kepada saya dan kawan-kawan
BACALAH YASIN RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan..
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.. .
8.. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya..
9.. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. .
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya
dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah
orang-orang yang munafik. Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada
teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua??. Siapakah orang yang sibuk ? Orang yang sibuk adalah
orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai
kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s . Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan
kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling
luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya. Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang
email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org
lain. Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfa ' at kepada manusia
lain...

Isnin, 25 Januari 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGGI

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.
Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.

SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.

"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:

Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
SMS Muzaffar Syah (Melaka)


Sekolah Menengah Harian:
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
SMK (P) St George (Pulau Pinang)


Sekolah Rendah:
Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
SK Bukit Damansara (KL)
SK Zainab (2) (Kota Bharu)
SK Convent Kota (Taiping)
SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)


Sekolah diberi autonomi:
Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
Memanjangkan waktu persekolahan.
Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.


Kriteria pemilihan SBT :
Pencapaian akademik yang cemerlang.
Melahirkan personaliti unggul.
Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.
(dipetik dari Berita harian selasa 26 januari 2010)

Sabtu, 23 Januari 2010

LAWATAN KE MELAKA

Di sebabkan awal cuti sekolah lalu bermulanya musim hujan , kami sekeluarga cuma pulang ke kampung sahaja. sepanjang cuti sebulan tu kami cuma menghabiskan masa di kampung kerana keadaan cuaca yg tidak mengizinkan.

Menjelang tahun baru, barulah kami sempat meluangkan masa untuk pergi bercuti. Kami membuat Lawatan ke Melaka sempena tahun baru 2010.

Jumaat, 8 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya tahun 2010 telah masuk minggu ke 2. dan kesempatan ini juga rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru. Sebenarnya kita orang Islamtelah lebih awal menyambut tahun baru iaitu tahun baru Hijrah. Seperti biasa tahun baru perlu disertakan dengan azam yang baru. Samada azam lama di bawa ke hadapan ataupun menukar seluruh struktur azam bergantung kepada keperluan anda semua. kepada yg telah bercuti selamat kembali bekerja dan kepada anak2 atau pelajar selamat kembali ke sekolah.