Jumaat, 28 Januari 2011

BUKTI ALAM





Seminggu ini hujan mula turun kembali membasahi bumi di gua musang ini, malah hampir seluruh kelantan & negeri2 di pantai timur ini. Dalam musim
hujan ni, peluang nak bersiar-siar di tempat baru agak terbatas. Dengan keadaan hujan yang x menentu kadang kala renyai kadang kala lebat di beberapa tempat, menyukarkan lagi perancangan untuk berjalan-jalan melihat alam. Kebelakangan ni, hati ini seperti meronta-ronta untuk menikmati keindahan alam, maklumlah saja di sini cuma ada hutan dan bukit bukau @ gunung ganang.Gua Musang dikelilingi oleh gua-gua dan bukit-bukau batu kapur, yang amat dikenali di kalangan pengembara gua dan pendaki gunung.

Bentuk muka bumi daerah ini diliputi oleh bukit bukau kurang mengizinkan untuk sektor agrikultur dijadikan sebagai sumber ekonomi yang utama. Bentuk geografi ini juga menjadikan ia sebagai sebuah daerah penuh misteri dan sering dikaitkan dengan dunia mistik terutama sekali pontianak.

Daerah Gua Musang mempunyai daya tarikan tersendiri dengan adanya Sungai Nenggiri yang menjadi pusat ekspedisi seperti berakit, meredah hutan dan gua (Gua Jaya, Gua Cha, Gua Chawan). Taman Negara yang dikatakan antara yang tertua di dunia bisa menyambut pelancong dengan hutan dara yang penuh warna-warna flora yang indah dan permai.

melihat akan bukit bukau yang besar begitu hampir dgn kita menjadikan aku begitu kagum, mata ini seperti tidak puas untuk memerhati malah aku juga takut. Takut dalam erti kata jika di bandingkan dgn diri ini betapa kecilnya diri ini dgn ciptaan tuhan ini.. malah terasa begitu kerdilnya diri ini dengan Maha Pencipta.

Sabtu, 15 Januari 2011

DARI KUALA KE GUA


Tahun lalu menghirup angin pantai, tahun ini menghirup angin bukit pula. Tahun baru 2011 telah melewati minggu yang ke 2. Dalam tempoh tersebut banyak peristiwa berlaku. Apa yang paling terkesan ialah perpindahan aku dari Kuala Rompin ke Gua Musang. banyak kos yang terpaksa ditanggung, spt kos lori dari rompin ke kuala krai kemudian dari kuala krai ke gua musang... pendahuluan wang rumah sewa, yuran sekolah anak & berbagai lagi dalam menghadapi penghidupan di tempat baru ..tambahan pula dgn kenaikan harga barangan semakin menghimpit keadaan.

SMK Tengku Indera Petra 1...destinasi seterusnya menyambut kehadiran aku pada 2.1.2011 dalam suasana hujan. Minggu pertama aku di tempat sekolah terpaksa menghadapi satu suasana yg berbeza dgn sekolah lama dulu, antaranya perbezaan jumlah guru dan pelajar yg ramai di sini.. aku terpaksa menyesuaikan diri & alhamdulillah setakat ini aku dapat melakukannya.

Minggu ke 2 sesi persekolahan. Semakin banyak aktiviti yang berjalan. Para pelajar kelihatan semakin sibuk. Aku seperti juga guru-guru lain sedang melaku banyak perancangan. apa yg penting aku mengingatkan diri sendiri agar aku terus dapat bekerja dgn baik & menabur sumbangan sebaiknya di negeri aku sendiri.

Ahad, 31 Oktober 2010

PIALA MALAYSIA MILIK KELANTAN




Setelah kecundang kepada N9 pada musim lepas 2009 pasukan Kelantan ‘The Red Warrior ‘ kali ini tidak lagi berputih mata buat kali kedua. Setelah berhempas pulas menentang lawan yang sama Kelantan terpaksa mengharungi separuh masa pertama dengan ketinggalan 1 gol , numun Kelantan bangkit pada seapruh masa dgn semangat juang yang tinggi serta stategi yang lebih kemas dan serangan yang berterusan akhirnya dengan ledakan 2 gol dari hairuddin omar & badri radzi telah membawa kejayaan kepada Kelantan. Dengan mengakhiri penantian rakyat Kelantan selama 89 tahun untuk menjulang piala keagungan bolasepak Negara.
Mahkota Piala Malaysia sulung itu yang menobatkan Kelantan sebagai juara dekad pertama alaf baru ini, melengkapkan tahun penuh gemilang yang turut menyaksikan The Red Warriors bergelar naib juara Liga Super manakala Annuar terpilih sebagai Timbalan Presiden FAM. “Ia adalah tahun yang baik buat Kelantan, meraih tempat kedua liga. Selepas 13 bulan, jurulatih telah berjaya membantu menjadikan keadaan begitu menarik.

saya setuju dengan jurulatih kerana “Sebelum ini, semua orang berkata senang untuk menghalang Kelantan. Anda hanya perlu membuat pemain Kelantan marah dan dilayangkan kad merah. Maka lawan akan menang. ''Dahulu juga orang luar selalu melabelkan Kelantan sebagai pasukan 'kaki gaduh' dan tidak berdisiplin sepanjang perlawanan.Malah, kita gembira dengan tahap disiplin pasukan, malah teruja kerana kami berjaya menerap gaya permainan bola sepak yang baik dalam memburu kemenangan,

Khamis, 7 Oktober 2010

BENARKAH..?




Aku bukanlah seorang ahli sejarah, bukan juga guru sejarah.. tapi berminat juga dengan bidang sejarah ni. kenapa aku berkata begitu..! 2 hari lepas aku pernah berborak dgn sorang kawan, satu pertanyaan darinya yg sebenarnya aku pernah terfikir tapi x pernah serius untuk memikirkanya dgn lebih dalam, tapi bila persoalan ini di timbulkan secara perbincangan barulah rasanya ianya penting tambahan pula tugas sebagai pendidik sesuai dgn topik ini...

Benarkah sejarah yg kita belajar di sekolah terutama mengenai sejarah zaman2 pra sejarah dulu itu benar.. meragukan..! ada pihak yng mendakwa ianya tidak benar.. jika tidak benar bermakna kita telah disogokkan dgn maklumat yg tidak benar sekian lama.

jika di pikirkan dgn akal logik memang ianya nampak janggal dan berbeza..
kita sebagai orang islam menyakini manusia itu bermula dari Adam a.s ..kenapa pula kajian pra sejarah tidak pernah menyentuh hal ini.. ape yang disentuh hanyalah berasaskan kepada teori darwin manusia memulakan kehidupan dari kehidupan dari gua2, ketika zama paleotitik, mesolitik & neolitik

mengikut tafsiran sejarah :
• Maksud prasejarah ialah zaman belum ada tulisan atau rekod bertulis tentang sejarah manusia.
• Dikenali sebagai preliterate, iaitu zaman sebelum penciptaan tulisan.
• Zaman Prasejarah terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Prasejarah awal ( Paleolitik dan Mesolitik ) dan Prasejarah Akhir ( Neolitik ).
• Paleolitik wujud antara tahun 500 000 SM hingga10 000 SM, Mesolitik wujud antara 10 000, Neolitik wujud antara 7000 SM hingga 35 000 SM.
• Zaman Prasejarah berlainan antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain mengikut perkembangan tamadun manusia di kawasan tersebut.
Isi :
Zaman Prasejarah Awal :
• Manusia yang wujud pada zamanPaleolitik dan Mesolitik dikenali sebagai Pithercanthropus Eructus yang mampu untuk berkomiunikasi dan menurunkan ilmu yang dipelajari secara turun temurun.
• Peralatan diperbuat daripada batu seperti kapak dan panah dan buatannya kasar.
• Peralatan digunakan untuk memburu dan mengumpul hasil hutan.
Zaman Paleolitik Awal :
• Aktiviti Zaman Paleolitik Awal ialah memburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan.
• Masyarakat Paleolitik hidup berpindah randah.
• Tempat tinggal mereka di dalam gua dan berlindung dibawah ranting
• Kayu yang ditutupi dengan rumput.
• Terdapat juga yang berlindung di dlm lubang tanah yang digali.
• Ahli arkeologi juga menemui peralayan dan barang-barang yang menunjukkan wujud upacara pengebumian dan kepercayaan masyarakat zaman ini selepas kematian.
Zaman Paleolitik Akhir
• Wujud antara tahun 30 000 SM hingga 10 000 SM
• Manusia yang wujud pada zaman ini dikenali sebagai Cro Magnon berdasarka
• penemuan rangka manusia di gua Cro Magnon di Dorgogne, Perancis.
• Peralatan batu yang digunakan mempunyai kesenian berukiran halus.
• Terdapat juga peralatan diperbuat daripada tulang, tanduk atau gading binatang.
• Mereka menggunakan tulang untuk membuat jarum.
• Gigi binatang dan cengkerang di gunakan sebagai alat perhiasan seperti subang.
• Masyarakat ini tinggal di dalam gua dan hidup dalam kelompok kecil serta mempunyai struktur sosial yang teratur.
• Mereka memburu binatang dan hasil yang diperoleh dibahagikan sama rata.
• Pada zaman ini, mereka mempunyai kemahiran melukis dan mengukir.
• Lukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada gambar- gambar binatang yang dianggap dapat membantu mereka memburu.
Zaman Mesolitik :
• Zaman ini ialah zaman peralihan antara Zaman Paleolitik kepada Zaman Neolitik dan wujud sekitar 10 000 SM hingga 7 000 SM.
• Zaman ini revolusi pertanian telah berlaku dan mereka mulai mendapatkan sumber makanan daripada hasil pertanian.
• Pertanian dijalankan dengan menggunakan tajak dan alat bajak.
• Mereka menggunakan sistem terusan dan tali air seperti yang terdapat di Mesir dan Mesopotamia.
• Mereka tinggal di dalam gua, pesisiran pantai dan sungai.
• Mereka juga menternak binatang seperti anjing, babi, unta dan lain-lain
• Penternakan yang dijalankan adalah untuk kulit yang dijadikan pakaian dan alat pengangkutan.
Zaman Neolitik :
• Manusia zaman ini mula mencipta tembikar, alat tenunan, perahu dan rakit yang membolehkan mereka berhijrah dari satu tempat ke satu tempat.
• Perkembangan pertanian telah melahirkan masyarakat yang bergantung pada sumber makanan utama dan mengubah corak hidup manusia.
• Pertambahan hasil pertanian, pertambahan penduduk dan penempatan kekal telah mewujudkan pengkhususan kerja dalam masyarakat mereka.
• Wujud di kalangan mereka yang bekerja sebagai petani, artisan dan tukang-tukang mahir yang melahirkan struktur susun lapis masyarakat yang kompleks.
• Lebihan pertanian telah diperdagangkan dengan menggunakan kaedah sistem barter antara satu tamadun dengan tamadun yang lain.
• Dari segi keagamaan mereka percaya kepada kuasa ghaib dan luar biasa serta menjalankan menjalankan upacara ritual dan amalan korban.
• Mereka menjalankan upacara pemujaan supaya dapat mengelakkan malapetaka yang akan mengganggu aktiviti pertanian dan kehidupan seharian.

Bagi saya ini hanya sejarah tentang orang2 asli.. bukan sejarah tentang perkembangan sebenar manusia.. ini hanyalah serpihan2 kecil dari kehidupan manusia sebenar.
mana perginya kehidupan pada zaman nabi2 ..mana kehidapan pada zaman Nabi Idris, Nuh, Hud, Salleh..hinggalah.. Nabi Muhammad...
mengapa perlu dipisahkan sejarah manusia dengan sejarah Islam.. kerana kita tiada sumber dari orang2 islam.. semuanya bersumberkan barat...

Isnin, 23 Ogos 2010

KAMERA DSLR


Dunia mengalami perubahan trend yang semakin maju. Teknologi digital menguasai setiap bidang, dan saya ingin menyentuh tentang salah satu alat teknologi yang mengalami perubahan pesat melalui dunia digital iaitu kamera ...

Kalau dahulu orang sibuk menggunakan kamera klasik pakai filem, bila timbul kamera digital orang mula selesa sbb boleh ambil gambar sesuka hati ..sebab tak payah beli filem. Kameranya pula murah mampu dibeli.

Sekarang manusia sudah gilakan DSLR (Digital Single Lens Reflex). Sebahagian besar orang sudah mampu memiliki kamera seperti itu atas sebab harganya yang semakin murah. Antara jenama kamera dslr yang kita tahu seperti Nikon dan Canon.

Soal harga, walaupun beribu-ribu, siapa kisah jika sudah berminat? Sebagai contoh perbandingan, senarai tiga nilai harga bagi tiga buah jenama utama kamera spt Canon (sekitar RM1800), Nikon (sekitar RM1600), Sony (sekitar RM 1600) Harga ini adalah harga biasa dengan peralatan standard, mungkin berbeza dengan harga promosi bila tiba nak raya (yelah, kalau murah mesti korang nak beli sebab nak tunjuk kat saudara mara).

Penggunaan kamera ini adalah sama seperti kamera digital biasa. Bezanya, korang diberi kebebasan yang lebih untuk bermain fokus dan menentukan kadar pencahayaan gambar. Hasil kualiti gambar juga sangat cantik, berbeza dengan kamera digital biasa. Menjadi satu ikutan, mungkin korang perasan dimana kebanyakan peminat fotografi lebih suka mengambil gambar pengantin dan model yang bercanda serta bergaya di tepi pantai, di taman bunga, di bawah pokok dan macam-macam tempat lagi. Soal cantik atau tak, bergantung kepada kekreatifan photographer itu sendiri.

Cerita cerita pasal kamera dslr ni sebenarnya aku pun baru sambar satu beberapa hari lepas.. lepas gian sebab memang dah lama aku idamkan kamera dslr ni... tapi mahal. Oleh kerana minat aku usahakan juga untuk dapatkanya.. jenis yang aku beli adalah Nikon D3000 kalau ikutkan ranking dslr inilah yang paling murah dan basic keluaran nikon bagi mereka yang baru berjinak jinak dengan bidang fotografi. setakat ni aku masih duk eksplore bagaimana untuk menggunakannya dengan baik.

Sabtu, 14 Ogos 2010


Selamat menyambut ramadhan al mubarak 1432H / 2010M kepada seluruh rakyat malaysia yg berugama Islam. Kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dipanjangkan usia dapat bertemu semula dgn ramadhan kali ini. Insyallah marilah kita sama2 mengisi ramadhan ini dengan berbagai bagai amalan dgn penuh keimanan & ketakwaan.

Muhasabah Ramadhan

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijab antara hamba dengan Illahi


Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah kita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir

sumber : kristalTimur on Fri Oct 14, 2005 4:51 pm

Isnin, 19 Julai 2010

KARYA UNTUK DIJUAL

saiz : 41cm x 102cm
media : batik + kaligrafi
material : sutera fuji
harga : RM70
(tidak termasuk kos penghantaran)